Sunday, December 13, 2009

Menjenamakan Alumni Akademi pengajian Melayu UM Ke Arah Kemajuan

Semasa saya menuntut sebagai Pelajar APM, saya merasakan Tempat ini satu yang baru kepada saya, bingkas saya selalu membayangkan saya akan menjadi pemimpin pelajar di APM satu hari nanti., sebagai mana yang saya lakukan di sekolah dam jawatankuasa perwakilan sekolah (PERTINA). Di awal pembabitan saya di APM, saya melihat aktiviti yang dilakukan seperti "segan 2 kucing", hanya syarat sahaja.
Namun, setelah saya menceburui bidang kepimpinan di Kolej Kediaman Berstari, saya cuba mempraktikkan di APM. Saya berasa bersyukur dengan dikurniakan ramai kawan yang sanggup bersama-sama cuba membangunkan Kelab APM menjadi Persatuan Mahasiswa APMUM. Banyak juga aktiviti yang kami lakukan dengan pengarah APM yang banyak memberi bantuan, walaupun ada "duri dalam APMUM yang cuba menggagalkan".
Selepas saya dan rakan habis belajar, saya pelik dan hairan kenapa aktiviti di APMUM semakin lesu setelah diberitahu beberapa bekas pelajar dan adik-adik APM yang selalu menceritakan hal berkenaan di APMUM. Ada suka dan ada juga duka. Lumrah la.
Saya dan rakan bekas pelajar APMUM, berfikir sejenak, adalah lebih baik jika kita mengaktifkan pula Persatuan Alumni APMUM yang ( Hidup Segan Mati TAk MAHU) itu. Sebagaimana yang kami lakukan kebangkitan Kelab APM menjadi Persatuan Mahasiswa APM yang disegani di UM kerana keaktifannya, yang sentias dicembutui oleh Persatuan lain di UM.
Penjenamaan semula boleh Dilakukan dengan mengadakan Majlis Mesra Alumni APMUM, yang harus dijalankan setiap bulan 12 setiap tahun. Kenapa Bulan 12?..senang sahaja , kerana ianya ialah cuti sekolah, dan harus dipasakkan menjadi acara gemilang. Saya dulu pernah bertindang menjadi AJK Alumni dalam HAri ALUMNI UM 2008, dan menjadi AJK HARI ALUMNI APM 2008, namun sambutan yang diberikan tidak mendapat sambutan, namun kita harus bersyukur...Oleh itu, sudah tiba masanya, kita merapatkan kembali keakraban kita sengai ALUMNI APMUM.
Oleh itu, saya sebagai Mantan Wakil Pelajar berasa bertanggungjawab dalam mengumpulkan Alumni yang baru sahaja graduasi dan sesi yang muda dengan menggelarkan sebagai ALUMNI MUDA ( AM) APMUM ( AMAPMUM), sebagai aras kebangkitan kita dalam sentiasa bersama-sama membangunkan Kumpulan kita. Harap ALUMNI yang lain cuba bersama berganding bahu.
Saya rasa bersyukur apabila Pengarah APMUM, Prof Madya Datuk Zainal Abidin Borhan sentiasa menyokong usaha kita ini, walaupun kita sudah habis belajar.
Majlis Mesra Alumni APMUM
Dalam majlis ini, saya akan cuba mengusulkan kepada pihak pengurusan bahawasana perlu ada penambahbaikan dalam Persatuan Alumni APMUM , sebagaimana ALUMNI fakulti lain yang lebih maju. Saya juga merancang supaya diadakan BLOG ALUMNI yang mempunyai fungsi yang mengumpul ALUMNI negeri, ada aktiviti semasa, ada karya online, dan idea rakan yang lain
Dalam majlis itu juga, akan ada beberapa persembahan yang dilakukan oleh alumni sendiri.
Jamuan Teh yang ringkas ditaja oleh Pengarah APMUM sendiri.
Tabung ALUMNI APMUM berjumlah RM 5 setiap alumni , diharap dapat dilaksanakan agar hal pentakbiran dapat dilaksanakan dengan baik.Susah juga jika, penganjur yang masih kekurangan sumber.
Satu sesi khas iaitu Salam Junjung Kasih akan dijadikan acara wajib dalam Majlis Mesra Alumni APMUM. Hal ini seperti mencium tangan dan memohon halalkan ilmu yang diajarkan... Saya tahu ada yang malu, tapi mari kita mencuba, tidak salahkan.
penutup majlis, kita akan bergambar kenang -kenangan sebagai simbolik kemestian dalam acara ini.Insya ALlah, gambar ini akan kita siarkan di dalam Facebook APMUM..
Akhir kata, saya menyeru kepada rakan-rakan agar dapat datang dan bersama membantu dalam menjayakan Majlis Mesra ALUMNI APMUM yang julung kali diadakan. Jika mendapat sambutan, saya dan rakan lain tanpa segan silu akan cuba mnganjurkan lagi. AMIN.
013-2968317
Diharap , ALUMNI APMUM dapat memaklumkan kehadiran di dalam facebook APMUM atau saya sendiri. zaim_mpmum@yahoo.com

Sunday, November 22, 2009

Esok berjumpa Ayahanda APMUM

salam semuanya... Esok saya akan berjumpa dengan Pengarah APM dan Prof Mohktar untuk merancang Majlis Mesra Alumni APMUM... Ianya berlansung pada 19 Disember ini dengan bertemakan " Pulang Ke PAngkuan Ayahanda dan Bonda"...Memang tidak dinafikan saya mengambil risiko untuk mengadakan program ini , kerana khuatir sambutan yang tidak menggalakkan..Namun saya gagahi juga untuk memastikan program ini diteruskan kerana " mengubat kerinduan" Alumni APM.. Moga saya akan berjaya

Sunday, November 8, 2009

Puisi dan Lagu Pangkor

sewaktu kupijakkan kaki
diputih pasir pantai mu
semilirpun mehembus lembut
membelai sekilas ingatan
mengimbaukan
cerita sejarah
yang terpahat di pangkor ini
tanah berdaulat
Ini tanah pernah menyemadikan
sekarma sejarah yang diselongkar
dari gobok kazanah purba
mengabadikan sebuah lagenda
anak bangsa
tidakkan terpadam
dicanai zaman usia
Ini tanah pangkor
masihkah bersemarak
semetrai waadat
dengan iringan ratapan anak bangsa
tanda berkuasa
jemari raksasa memerah ratah
tanah tercinta
Mari kita kesinambungkan sejarah
yang digali ditanah pusaka
biar gegaran genta pahlawan
terus menguntum disanubari bangsa
Moga akan mekar kelopak
kebanggaan anak warisan
ini tanak yang ditinggalkan.

Ciptaan: Sayalimi ( Cikgu Limi)

Friday, November 6, 2009

Gemuruh menanti MAJLIS MESRA ALUMNI APMUM 2004-08












Pada mulanya saya kerinduan pada teman sepermainan di APM, lalu saya melayari Facebooks untuk bertanya sapa dengan beberapa rakan. Beberapa rakan mengajukan satu pertanyaan kepada saya, mahukah kita mengadakan Pertemuan ALUMNI kita. Saya pun, memang sedikit kerinduan kepada teman lama. Lalu berfikir panjang pada bulan 10 yang lalu, dan cuba merangka seberapa segera rancangan saya ini. Saya menyediakan kertas kerja dan cuba menghubungi Pengarah APM dan Prof Mokhtar untuk cadangan saya ini. Mereka sangat mengalukan majlis ini, kerana sudah tidak berjalannya "persatuan Alumni APM ini.


Satu perkara yang sukar saya hadapi iailah penetapan tarikh, sebanyak 3 kali sudah diubah tarikh, akhirnya 19 Disember ini menjadi pilihan. Memang agak takut jika Alumni Alaf Baru ini tidak dapat hadir. Saya menganggarkan 150 orang datang iaitu 2004/2005 sebanyak 30 orang, 2005/2006 sebanyak 30 orang, 2006/2007 sebanyak 30 orang, 2007/08 juga 30 orang, dan ALUMNI BFSU APM 30 orang, saya sebenarnya takut makanan yang banyak tidak dihabisi..hehe..


Program ini sebenarnya, masih baru di APM , oleh itu saya berharap abang, kakak, kawn-kawan , dan adik-adik dapat datang , walaupun ada tugasan lain, kerana saya hanya akan mengadakan ini sekali sahaja, untuk melihat bagaimana sambutan ALUMNI kita ini, jika berjaya dengan sasaran ini, saya akan cuba meneruskan rancangan ini setiap bulan 12 , dan menjalankan aktiviti seperti berkelah..


Dana kita ialah o.. Oleh itu, pada majlis itu saya akan mengajukan pelancaran tabung ALUMNI APM ALAF BARU yang menghendaki setiap alumninya menderma rm5, iaitu sebagai penggerak dalam aktiviti nanti.


Di hari itu, juga saya merancang untuk memperlihatkan "slideshow" alumni yang akan saya curi dari Facebooks tanpa disedari gambar anda sudah diambil untuk ditontonkan di majlis itu.


Jamuan teh , saya mencuba untuk mendapatkannya, dengan meminta Pengarah APM dengan kebaikannya. Harap Berjaya.


Persembahan, sebenarnya masih dirancang, iaitu puisi, nyanyi bergitar atau apa apa je..


ADAT SALAM, iaitu satu kemestian diadakan dalam majlis alumni untuk menghormati pensyarah yang telah penat memberi ilmu...caranya cium tangannya dan minta ampun dan maaf..hehe


Diakhir majlis ini, sesi bergambar mengikut sesi diadakan dan semua sekali..dan kepada alumni nak bergambar sekeliling APMUM pun boleh..tapi elok-elok nanti dikejar oleh HAng Monyet..hehe


Sama-samalah kita menyokong usaha ini, agar berkekalan persahabatan ini..Ambillah MC, dan datang la awal-awal kerana pelbagai perkara nak disembangkan kerana sudah lama tak berjumpa.Kepada yang dah berkahwin,rajin-rajin la bawak isteri..hehe...bagi tahu..ini lah tempat Ayang belajar...hehe.


Saya mencabar bekas pelajar APM , jika anda sayangkan APM ini di mana tempat kita belajar..maka datang la beramai-ramai, dan imbaulah kenangan dihari lalu dulu...Saya pasti banyak perkara nak dibualkan..Macam saya..hehe..


Jika majlis itu tidak seperti diharapkan, saya menyusun jari kemaafan, kerana sangat susah nak menjemput menggunakan kad...hanya alam seber ini sahaja dapat dilakukan..


Salam sayang ari saya, Zaim...Mantan Wakil Pelajat APM 06/07, MPMUM 07/08

Tuesday, November 3, 2009

KERTAS KERJA CADANGAN ALUMNI APM

KERTAS KERJA CADANGAN
MAJLIS MESRA ALUMNI
APMUM 2004-2008 & BFSU APMUM 08
19 DISEMBER 2009
SABTU

DISEDIAKAN
KHAIRUL ZAIM MOHD SHAARI
MANTAN WAKIL PELAJAR
APMUM MPMUM 2007/08

TEMA
“ PULANG KE PANGKUAN AYAH DAN BONDA”

1.0 PENGENALAN
Majlis Mesra Alumni APMUM 2004-2008 & BFSU APMUM ini sebenarnya berkesinambungan dengan program yang telah dibuat iaitu Hari Alumni UM pada Februari 2008, pada ketika itu penyedia kertas kerja projek ini menjadi AJK Hari Alumni APMUM 08. Penyedia kertas projek merasakan perlu ada kesinambungan berterusan agar lebih kukuh pertalian antara bekas pelajar dengan APM ini.
Majlis ini dibuat atas desakan daripada beberapa rakan supaya mengutarakan perkara ini sebagai satu program tahunan agar menjadi medium hubungan lebih akrab di samping dapat membentuk satu organisasi yang menyakinkan.
Harapan setinggi gunung agar melalui Persatuan Alumni APMUM dapat menjalankan aktiviti yang dapat mengetahui Ayah, Bonda, Abang, Kakak, dan Adik dalam Alumni APMUM.

2.0 OBJEKTIF

· MENGERATKAN IKATAN UKHWAH ANTARA KALANGAN ALUMNI APMUM
· MERANCANG AKTIVITI TAHUNAN AHLI ALUMNI APMUM( BERKELAH, PERKAHWINAN)
· JUNJUNG KASIH ( BERJUMPA AYAHANDA DAN BONDA APMUM)
· TABUNGAN ALUMNI APMUM 2004-2008
· PENYATUAN LAMAN WEB ALUMNI APMUM (FACEBOOKS, FRIENDSTER,BLOG,WEB)

3.0 TEMPAT

LAMAN ANJUNG AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA





4.0 CADANGAN ATURCARA MAJLIS

10.00 PAGI : KEDATANGAN ALUMNI APMUM DAN AYAHANDA DAN BONDA APMUM
10.30 PAGI : MAJLIS BERLANSUNG
UCAPAN AYAHANDA PENGARAH APMUM
11.00 PAGI : JAMUAN TEH & BUAL KENANGAN ALUMNI & SELOKA ALUMNI
12.00 TGHR : PENGUSULAN PROGRAM TAHUNAN BULAN 12 SETIAP TAHUN
12.30 TGHR : UPACARA JUNJUNG KASIH AYAHANDA DAN BONDA APMUM ( ADAT SALAM)
- MENCUIM TANGAN AYAHANDA DAN BONDA AMPUN MAAF (ILMU)
1.00 TGHR : BERGAMBAR KENANG-KENANGAN ALUMNI 2004-08
: TABUNGAN ALUMNI APMUM 2004-08
: MAJLIS BERSURAI.

5.0 ANGGARAN MINIMUM KEDATANGAN ALUMNI
SESI 2004/2005 = 30 ORANG
SESI 2005/2006 =30 ORANG*
SESI 2006/2007 = 30 ORANG*
SESI 2007/2008= 30 ORANG*
BFSU APMUM 08 = 30 ORANG *
ANGGARAN SEMUA = 150 ORANG

6.0 ANGGARAN BELANJAWAN
PERKARA
JUMLAH
PIHAK APMUM ( JAMUAN TEH)
RM 750.00
KUTIPAN TABUNGAN APMUM
150 ORANG X RM 5.00 =RM750.00

PEMBERITAHUAN : DIHARAP JAMUAN TEH INI DAPAT DISUMBANGKAN OLEH PIHAK APMUM DENGAN MINIMUM ALUMNI APMUM SEBANYAK 150 ORANG. JIKA BERHADAPAN MASALAH KEWANGAN INI, DIHARAP PIHAK APMUM MENGGUNAKAN KEMBALI KUTIPAN TABUNGAN ALUMNI APMUM INI, JIKA TIDAK TABUNGAN INI DISIMPAN UNTUK PROJEK LAIN NANTI. DIHARAP MENDAPAT IKHLAS SEBAGAI PROGRAM PERTAMA UNTUK MENGGERAKKANNYA.

7.0 PENUTUP
Diharap Majlis Mesra Alumni APMUM2004-08 & BFSU APMUM 08 ini dapat menjayakan hasrat Universiti Malaya ke arah mencintakan warisan pelajar. Melalui program ini juga diharap dapat menggerakkan Persatuan Alumni APMUm yang “sunyi” setiap tahun. Sebagai Mantan Wakil Pelajar APMUM 07/08, saya menaruh harapan supaya program ini dapat dilaksanakan , bukan untuk saya , tetapi untuk generasi turun temurun anak warisan APMUM nanti. Biar ini menjadi perintis kepada percambahan program ALUMNI APMUM .
Sekian terima kasih.
Disediakan Oleh,

(Khairul Zaim Mohd Shaari)
Mantan Wakil Pelajar/ Timbalan Presiden
Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya
Majlis perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya
2007/2008 ( Sesi 2005/2006)

Wednesday, October 7, 2009

Pengantarabangsaan Bahasa Kebangsaan Tugas Semua Pihak

Pengantarabangsaan Bahasa Kebangsaan Tugas Semua Pihak

Bahasa Kebangsaan bagi negara Malaysia merupakan bahasa Malaysia ataupun Bahasa Melayu sebelum digubah oleh kerajaan. Perlu diingatkan, sebelum bahasa Melayu diangkatkan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu terpaksa bersaing dengan bahasa Inggeris untuk diletakkan sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu juga diletakkan sebagai aras bahasa rasmi Negara. Bahasa Melayu juga diletakkan sebagai bahasa ke empat terpenting di dunia kerana mempunyai penuturnya di seluruh dunia. Namun begitu, masih terdapat cacat cela dalam penarafan bahasa rasmi di kalangan penjawat awam, apatah lagi penjawat swasta di Malaysia.

Boleh dikatakan, selepas PPSMI (pengajaran dan pemelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris) dimansuhkan, sorakan kegembiraan bagi yang menyokong dan ada juga yang sebaliknya. Perkara yang perlu dirancangkan, apakah tindakan selepas pemansuhan PPSMI ini, yang dikatakan salah satu sebab kemandulan bahasa di kalangan masyarakat Malaysia.

Masalah yang diakui oleh tokoh-tokoh bahasa di Malaysia ini ialah “bahasa rojak” yang dikatakan dipelopori oleh masyarakat di bandar- bandar di Malaysia, terutamanya di sekitar Kuala Lumpur. Sedia maklum, Sasterawan Negara, A.Samad Said mempunyai kegemaran berjalan di sekitar Kuala Lumpur, apa yang dilihatnya ialah kehancuran bahasa kebangsaan yang dipunahkan oleh anak bangsanya sendiri.Tidak salah jika menggunakan bahasa Inggeris, namun janganlah terlalu berkata seperti “ separuh ular dan separuhnya lagi belut”.

Masalah papan tanda juga di pandang berat oleh pemikir bahasa. Kenapa papan tanda dikaitan dengan pengantarabangsaan bahasa kebangsaan? Jawapannya, kerana papan tanda merupakan medium untuk mengetahui maklumat yang mencerminkan budaya masyarakat setempat. Namun, jika kita berjalan di pusat penting negara, papan tanda berbahasa kebangsaan sering bersaing dengan beberapa bahasa lain untuk mendapat tempat dalam papan tanda itu.

Seperkara lagi, Institusi Pengajian Tinggi sama ada tempatan atau swasta harus mendokong hasrat bahasa kebangsaan ini. Janganlah terlampau mengutamakan bahasa Inggeris . Malu juga apabila Profesor Dr Awang Sariyan menjawap beberapa soalan daripada peserta dalam satu seminar Bahasa Melayu Dunia, yang mempersoalkan kewajaran sebuah universiti yang dikatakan universiti berlatarkan Kebangsaan, namun tidak mempraktikkan amalan bahasa kebangsaan.

Perkara ini juga, belum menyentuh aspek pelajar asing yang belajar di Malaysia yang seharusnya belajar asas bahasa Melayu dan budaya masyarakat Malaysia, namun hanya segelintit IPT yang mempratikkan amalan ini. Akibatnya, terjadilah cerita mengenai pergaduhan pelajar asing dengan masyarakat setempat atau pelajar asing minum arak di kawasan jiran berbangsa Melayu. Hal ini kerana mereka buta budaya setempat dan bahasa setempat . Salah siapa yang harus dirujukkan? Jawapannya ialah pendidikan .

Pemerkasaan badan bahasa juga perlu diberi “taring” agar lebih berkemampuan menyuburkan bahasa kebangsaan. Rasa tanggungjawab yang lebih harus disemai dalam pemimpin badan bahasa ini. Sebagai contohnya, Gabungan Penulis Nasional ( GAPENA) merupakan badan tertinggi yang memperjuangkan hal mengenai bahasa Melayu, dibawahnya terdapat beberapa persatuan penulis dan bahasa di setiap negeri. Namun persoalannya, boleh dikira berapa persatuan yang menunjukkan dirinya dihadapan masyarakat setempatnya dan ada juga yang sudah tidak aktif. Pemimpin persatuan penulis negeri harus memikirkan keorganisasian bahasa yang jitu, bukannya mengejar nama, pangkat dan politik semata-mata. Ucapan setulus ikhlas diberikan kepada persatuan bahasa yang sentiasa membimbing masyarakat dalam menyebarkan bahasa kebangsaan. Tugas paling penting ialah menarik golongan muda dalam memartabatkan bahasa kebangsaan ini.
Undang-undang penyalahgunaan etika bahasa kebangsaan harus dilakukan agar generasi akan datang dapat mengetahui, bagaimana sebenarnya bahasa kebangsaan di negara ini. Parti yang berlatarkan orang Melayu juga harus mengambil tanggungjawab ini, bukan hanya berpolitik sahaja. Kita janganlah menjadi “pak angguk “ dalam semua isu, kerana akan kerugian dalam beberapa aspek, terutamanya perlu memikirkan apakah bahasa yang akan kita tuturkan pada tahun 2050 nanti, adakah lebih teruk dari sekarang. Sama –sama kita fikirkan.

Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan ini, sama-samalah kita memartabatkan bahasa kebangsaan dengan beberapa aktiviti bagi mencelikkan minda kita agar tidak ada lagi “kemandulan bahasa kebangsaan”. Dari sekolah hinggalah ke ceruk kampung perlu disemai mengenai Bulan bahasa kebangsaan ini dan sama-sama berbangga menjadi penutur bahasa kebangsaan rakyat Malaysia. Perlu diingat “bahasa Jiwa Bangsa”.

-Khairul Zaim Mohd Shaari
Kampung Gajah, Perak

Friday, September 11, 2009

Perang Bukan Jalan Penyelesaian Malaysia Dalam Provokasi Media Indonesia

Perang Bukan Jalan Penyelesaian Malaysia Dalam Provokasi Media Indonesia

Hubungan antara Malaysia dan Indonesia pada tahun ini sedikit tercalar , apabila terdapat salah faham yang berlaku , hanya kerana Tarian Pandet. Perkara yang perlu yang diketahui, apakah itu Tarian Pandet? . Tarian Pandet merupakan satu tarian yang diperagakan oleh Umat Hindu di Bali, Indonesia. Tarian ini melambangkan penyambutan atas turunnya dewata ke alam dunia. Namun, peredaran sekarang Tarian Pandet telah mengalami perubahan sebagai sebuah tarian “Ucapan Selamat Datang”.Kenyataan ini sedikit sebanyak dapat membantu rakyat Malaysia apa itu Tarian Pandet.

Perkara yang menggusarkan kita, merupakan hubungan dingin yang dicetus salah faham yang boleh mengakibatkan pelbagai implikasi. Implikasi yang paling membimbangkan ialah berlakunya konfrantasi kedua antara Malaysia dan Indonesia. Hanya dikatakan Malaysia mencuri Tarian Pendet yang dilemparkan media massa Indonesia terhadap Malaysia. Perlu diingat, pengaruh media boleh mengakibatkan sesuatu pengaruh yang amat luar biasa. Seharusnya, media massa dari Indonesia perlu mengkaji sebetul-betulnya maklumat yang didapati dengan memikirkan kesannya.

Akibatnya, rakyat Indonesia menjadi marah, terutamanya orang yang berkepentingan. Baru-baru ini dilihat di dada akhbar tempatan menyiarkan sebuah pertubuhan di Indonesia telah memberitahu sudah bersedia untuk berperang dengan Malaysia , hanya kerana isu Tarian Pandet. Jurucakap pertubuhan itu juga mengatakan mereka telah menyimpan stok makanan dan ubatan, termasuklah senjata yang berupa senjata tajam.

Sebagai orang Melayu yang berasal nusantara, mungkin kita sedih melihat persengketaan ini jika berpanjangan kerana sejarah telah membuktikan kedua-dua negara daripada satu rumpun yang sama. Hal ini terbukti dengan budaya yang sama, agama yang sama, petah bahasa yang sama , dan menjalinkan perkahwinan antara kedua-dua Negara ini. Maka, seharusnya, perlu ada tolak ansur dalam isu ini, bagi mengukuhkan perpaduan kedua-dua Negara bersama.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan perkara ini perlu diberhentikan segera kerana permasalahan ini sudah dianggap selesai , kerana promosi pelancongan yang mempunyai Tarian Pendet itu bukan di buat oleh pihak Malaysia. Tambahan lagi, Malaysia telah menerima kenyataan maaf daripada Discovery Cannel yang menyiarkan tarian itu. Seharusnya, pihak Indonesia dapat memperbaiki hubungan yang sedikit retak dengan bermuafakat kembali.

Oleh itu, salah faham yang berlaku antara kedua-dua negara , perlu dilakukan secara perbincangan dalam suasana persahabatan, bukannya “perang” yang digembar-gemburkan . Perang bukan langkah penyelesaian yang bijak kerana akan menhancurkan kedua-dua negara dari segi ekonomi, sosial, dan juga nilai kemanusiaan. Malaysia dan Indonesia boleh dianggap “adik-beradik” kerana saling memerlukan antara satu sama lain yang diperkuatkan dengan tutur kata yang sama, yang boleh menyebut “perpaduan dan persahabatan”. Kata orang Melayu lama , “usik peha kanan, peha kiri terasa juga”.Fikir-fikirkan untuk anak bangsa di nusantara ini.

-Khairul Zaim Mohd Shaari

Mantan Pengerusi

Exco Kerohanian dan Islam Hadhari

Majlis Perwakilan Mahasiswa

Universiti Malaya

2007/2008

Thursday, August 13, 2009

Konsep Islam Hadhari atau Gagasan Satu Malaysia : satu pandangan politik



Umumnya, sekarang adalah pemerintahan Datuk Najib yang telah mengambil alih "kuasa" daripada Pak Lah. Pak Lah pula sewaktu pemerintahannya "satu konsep Islam Hadhari", yang mengenengahkan Islam satu wadah yang cuba diterapkan dalam pemerintahan di Malaysia.








Satu perkara yang digusarkan adakah setiap pemerintahan akan sentiasa ada satu pendekatan baru. Mungkin, jika TPM pula menjadi PM , pasti akan membuat pendekatan yang baru pula. Namun kemana haluan politik yang silih berganti.

Islam Hadhari yang dicanai oleh Pak lah suatu ketika dahulu gah dengan pendekatan islam yang mendekati kaum bukan Islam. di tangan Datuk Najib pula, lebih mengutamakan sifat majmuk dalam Malaysia. Memang tidak di nafikan ada kebaikan dan kelemahannya satu Malaysia ini. namun langkah penyelesaian dan sentiasa mengatasi masalah harus ada dalam PM kita.

jika satu Malaysia di laksanakan, nasib orang Melayu dan Bahasa Melayu harus dibela oleh Najib.



Bendera Malaysia juga, hanya dilihat sebagai kain biasa, jadi tugas PM harus meletakkan rohani ke dalam kain itu. mencinta Malaysia senang sahaja di mulut, kita bukan hanya menabur wang berjuta untuk menyambutnya, tetapi biarlah berjuta idea bagi memakmurkan Malaysia ini.

Pak Samad usul demo anti-PPSMI - Malaysiakini 12 Ogos 2009

Datuk A Samad Said akan mengutarakan cadangan berdemonstrasi sekali lagi bagi mendesak pemansuhan serta-merta dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dalam satu mesyuarat Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) hujung minggu ini.

"Ya, memang cadangan asalnya dari mulut saya. Saya akan lontarkan saja," kata sasterawan negara itu kepada Malaysiakini petang ini.

"Kalau dituntut (berdemo) dan atas sebab-sebab yang munasabah dan luhur, apa salahnya."

Beliau, juga popular dengan panggilan Pak Samad, diminta menjelaskan cadangannya agar perhimpunan besar diadakan bagi kali kedua sebaik sahaja pengumuman Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin memansuhkan dasar itu mulai 2012 awal bulan lalu.
Pak Samad menambah, terpulanglah kepada ahli jawatankuasa GMP untuk memutuskannya kerana beliau hanya bertindak sebagai penasihat gabungan NGO dan parti pembangkang itu.

Ditanya tujuan mesyuarat itu diadakan, beliau berkata:

"Mesyuarat ini diadakan ekoran perkembangan baru PPSMI yang pada mulanya dikatakan akan dimansuhkan pada 2012, nampaknya mula ditarik-tarik (dilengahkan) ke 2014, atas alasan untuk menghabiskan apa yang telah dimulakan.

"Saya memang tidak berapa senang atas alasan itu."

Beliau juga berkata, jika kerajaan mahu, dasar itu boleh dimansuhkan dalam tempoh enam bulan sahaja, seperti mula-mula diperkenalkan pada 2003.

Pada 7 Mac lalu, A Samad dan bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Hassan Ahmad mengetuai ribuan penunjuk perasaan bagi menyatakan bantahan mereka terhadap dasar itu.

Walaupun dilarang polis, dengan berpakaian putih, penunjuk perasaan berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong.

Pada hari PPSMI diumumkan bakal dimansuhkan mulai 2012, sasterawan negara itu mencadangkan satu lagi demonstrasi diadakan keputusan disifatkannya "bukan memansuhkan terus PPSMI tetapi menangguhkan PPSMI."

Beliau dipetik berkata "demonstrasi jalan raya perlu diadakan sekali lagi tanda komitmen seluruh rakyat membantah PPSMI dan mendesak kerajaan segera memansuhkannya."

"Setiap perkara yang tidak dapat diselesaikan di dalam Dewan Rakyat perlu diadakan demonstrasi dan demonstrasi itu halal," A Samad dilaporkan berkata dalam satu wawancara.


Jimadie Shah Othman
Ogos 12, 09
2:57pm

Sumber: http://malaysiakini.com/news/110369

Thursday, May 28, 2009

Chin Peng bukan rakyat Malaysia


Tokoh Sejarah , Profesor Koh kay Kim, mengatakan Chin Peng bukan rakyat Malaysia kerana beliau sebenarnya rakyat Britian... Sudahlah cukup kesengsaraan orang Melayu ditunggangi oleh PKM dulu...

Sunday, May 24, 2009

TOKOH PENGAJIAN MELAYU NEGARA CHINA



SEKALUNG PENGHARGAAN PEJUANG PENGAJIAN DUNIA MELAYU
Profesor Wu Zong Yu : Tokoh Pengajian Melayu Negara China
Oleh




Khairul Zaim Mohd Shaari
( Malaysia)



Abstrak



Ketokohan dalam keilmuan pengajian Melayu sering dilihat dari warna kulit yang mestinya tokohnya orang Melayu. Namun, untuk kajian ini, penulis mahu melihat keilmuan seorang tokoh yang bukannya datang dari masyarakat Malaysia. Penulis telah melakukan kajian dalam melihat cabaran dan kejayaan daripada tokoh pengajian Melayu dari negara tembok besar China. Tokoh tersebut ialah Profesor Wu Zong Yu.



Sekilas Perkenalan



Tan Sri Prof. Emeritus Dato’ Dr. Pendeta Haji Ismail Bin Hussein, Ketua Satu Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) pernah memberi penilaian kepada tokoh ini sebagai berikut:
”Dari zaman negara China yang agak tutup, beliaulah merupakan jendela dan pintunya bagi kita. Sebagai seorang intelektual yang cukup terbuka dan jujur, serta sangat sederhana gaya hidupnya, beliau menjadi salah satu lambang mempelopori China baru sebenarnya.”



Tokoh yang diperkatakan ialah Profesor Wu Zong Yu. Profesor Wu zong Yu dilahirkan di Shanghai China pada 9 Julai 1939. Pada tahun 1956 hingga 1961, beliau telah masuk ke Universiti Beijing iaitu mempelajari bahasa Indonesia selama lima tahun. Berdasarkan tarikh keramat 1961 ini, Profesor Wu Zong Yu telah diberi tugas besar oleh pihak Kementerian Pendidikan China dengan membawa misi menubuhkan Jurusan Bahasa Melayu di Beijing Foreign Studies University (BFSU) atau nama dalam bahasa Melayu, Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing. Tujuan pada dasarnya ialah mahu membezakan bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia.



Setelah diberi tugas yang amat besar ini, Profesor Wu Zong Yu sekali lagi diberi ujian, apabila menjadi Ketua Jurusan Bahasa Melayu di BFSU. Beliau telah menjawat jawatan tersebut pada tahun 1962 hinggalah pada 1998. Perkara yang menarik di sini, Profesor Wu Zong Yu telah meletakkan Jurusan Jahasa Melayu di BFSU ini sebagai yang pertama di negara China.



Kesinambungan daripada itu, pada tahun 1997, beliau dilantik menjadi Pengarah Pusat Bahasa Melayu China. Setelah beberapa perkembangan dalam pengajaran dan pembelajaran yang telah dilakukannya, pada tahun 2005, Profesor Wu Zong Yu telah diberi kepercayaan dengan dilantik menjadi Pengarah Pusat Pengajian Melayu China, yang mana membawa misi yang amat besar iaitu bukan hanya dari segi bahasa sahaja, tetapi merentasi kebudayaan Melayu.



Pada 20-24 Mei 1996, beliau telah mempengerusikan Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu Beijing di BFSU . Kegigihan yang berpanjangan Profesor Wu Zong Yu ini, telah meletakkannya sebagai agen penggerak penyebaran bahasa dan budaya Melayu tersebar secara meluas di negara China. Pada Jun 2000, beliau telah bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mempengerusikan Seminar Perbandingan Sastera China-Melayu di Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing (BFSU).



Pada 30 hingga 31 Ogos 2001, beliau telah bekerjasama dengan Universiti Brunei Darussalam (UBD) dalam mempengerusikan seminar Hubungan China –Brunei di Beijing. Manakala, pada tahun 2004, beliau telah mempengerusikan Seminar Persahabatan China-Malaysia dan pada tahun 2005 beliau telah mempengerusikan Seminar Antarabangsa Pemikiran dan Budaya China-Melayu.



Sesungguhnya, jasa yang dicurahkan dalam pelbagai seminar yang disertainya telah memberi satu gambaran yang menabjubkan dan memberi tanggapan bahawa Profesor Wu Zong Yu benar-benar mahu meletakkan bahasa Melayu itu sebaris dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain. Kerjasama yang erat antara Malaysia dan China ini, akan memberi satu instrumen penting dalam memperkayakan komunikasi dua hala.



Dalam bidang Pengajaran dan pembelajaran ini, beliau telah mempunyai pengalaman bahasa Melayu selama 40 tahun lebih, maka pada tahun 1985 telah menjadi profesor madya dan pada tahun 1995 telah menjadi profesor penuh.

Wacana ilmuku


Ketokohan Profesor Wu Zong Yu ini, dapatlah diterjemahkan dalam pelbagai sudutnya, terutamanya dalam keilmuan karya beliau. Penyusunan pelbagai buku-buku dan makalah-makalah dapat diperhatikan seperti berikut:

Jenis Karya

Tajuk Karya
Teks buku pelajaran
a) Nahu Melayu untuk pelajar China
b) Buku Teks Pelajaran Bahasa Melayu untuk pelajar China
Buku-buku yang diterbitkan
a) Buku Pilihan Ceramah Dr. Mahathir ( Mandarin)
b) Buku Cerita Rakyat Malaysia Yang Terpilih ( Mandarin)
c) Kajian Terhadap Kamus Melayu yang Terawal-Ma La Ka Yi Yu(BM)
d) Sastera Melayu Moden (Mandarin)
e) Ilmu Mengarang Melayu ( Mandarin)
f) Bentuk Sastera Rakyat Melayu (Mandarin)
g) Buku Bergambar Persahabatan China-Malaysia (Inggeris, Melayu, Mandarin)
h) Lagu Persahabatan China-Malaysia (terjemahan karya Dato’ Osman Awang dan Chen Haosu)
Tesis-tesis
a) Sejarah Persahabatan China-Malaysia ( Mandarin)
b) Keturunan China di Malaysia ( Mandarin)
c) Menempuh Jalan Sendiri, Sejarah Memperjuangkan Bahasa Melayu di China Selama 45 Tahun (Mandarin)
d) Berusaha untuk Mengembangkan Persahabatan China-Malaysia (Mandarin)
e) Tak Kenal Tak Cinta Bahasa Melayu Merapatkan Kita (BM)
f) Pengajian Bahasa Melayu Tanpa Situasi Komuniti Bahasa dalam bahasa
Melayu (BM)
g) Raja Brunei Dalam Sejarah China dalam bahasa Melayu(BM)
h.) Pendidikan Moral Tradisional di Negeri China dalam bahasa Melayu(BM)
i) Perbandingan sastera China dengan Melayu: Kesusasteraan berkhidmat untuk Siapa (BM)
j) Kekal Abadi Persahabatan China-Brunei(BM)



Menongkah ombak bergelora


Perkembangan bahasa Melayu di china boleh diperhatikan pada tahun 1961, apabila Profesor Wu Zong Yu telah diberi tugas getir, apabila dipanggil oleh pihak Universiti Beijing untuk mengajar bahasa Melayu dan menubuhkan Jurusan Bahasa Melayu di Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing (BFSU), yang merupakan tempat pengajaran bahasa Melayu yang pertama di China. Pihak kementerian Luar China dikatakan akan menjemput pakar bahasa Melayu dari Malaya(Malaysia), manakala pihak kementerian luar mahu Profesor Wu Zong Yu menjadi pembantu kepada pakar bahasa Melayu nanti. Beliau yang baru sahaja selesai menghabiskan pemelajarannya di Universiti Beijing telah bersetuju.



Pada 1962, sebanyak 16 pelajar tahun dua telah diambil dari Fakulti Bahasa Inggeris BFSU. Namun, perkara yang diharapkan iaitu pakar bahasa dari Malaya masih tidak datang lagi. Kerumitan yang dihadapi oleh beliau semakin bertambah apabila bahan pengajaran untuk diajar kepada pelajar sangat terhad. Perkara yang memberi kegetiran kepadanya, untuk meneruskan sesi pengajarannya sedikit tergendala apabila beliau berhadapan kesukaran dalam membezakan perbandingan tulisan dan bunyi antara bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia.


Profesor Wu Zong Yu yang ingin mendapat kepastian terus berjumpa Dekan Fakultinya dan bertanya tentang bila kedatangan pakar bahasa dari Malaya. Dekan Fakulti menaruh harapan agar Profesor Wu Zong Yu terus tabah meneruskan usaha dalam mendidik para pelajarnya itu, walaupun berhadapan masalah ketidakhadiran pakar bahasa dari Malaya. Setelah mendengar orang atasnya itu, beliau bingkas bersemangat dalam menempuh onak dan duri dalam memberi kefahaman bahasa Melayu yang pertama di China kepada para pelajar yang pertama dalam hatinya.


Langkah pertama yang diambil oleh Profesor Wu Zong Yu bagi memastikan pengajaran dan pemelajaran berjalan dengan jayanya, beliau telah mengambil beberapa buku bahasa Inggeris di BFSU, dan mencari bagaimana menyusun pengajaran bahasa Melayu, sepertimana kaedah yang dirujukinya dalam beberapa buku Inggeris. Beliau terpaksa menyediakan tatabahasanya sendiri mengikut kefahamannya, dan menterjemahkan kepada anak muridnya agar senang memahami apa yang diajar oleh beliau.



Pada tahun 1965, Profesor Wu Zong Yu telah menghadapi masalah, apabila 15 orang pelajar ambilan baru telah datang bagi mempelajari bahasa Melayu. Namun, apa yang dikatakan pakar bahasa dari malaya, masih tidak kunjung tiba. Beliau dengan resah telah menghantar surat kepada pihak kementerian luar yang bertanggungjawab membawa pakar bahasa Melayu dari Malaya, dan dalam surat itu, Profesor Wu Zong Yu menyatakan keluhanya. Surat itu telah diterima, dan pihak kementerian luar telah meminta agar beliau bersabar sementara pihak kementerian sedang berusaha.



Kesukaran yang dihadapi oleh kementerian luar untuk membawa pakar bahasa Melayu disebabkan hubungan antara Malaya( Malaysia) masih ditahap rendah. Hal ini ditambahkan lagi dengan perspektif orang Malaya pada waktu itu yang mengatakan China sangat tebal dengan semangat komunisme. Hal ini sedikit mengganggu misi yang dibawa oleh Profesor Wu Zong Yu.


Sedikit sinar yang terus menyinar


Akhirnya, pada 1988, ada satu rombongan dari Malaysia telah datang ke Beijing, China. Rombongan itu diketuai oleh Nur Azam yang merupakan Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahadthir Muhammad pada waktu itu. Kedatangannya itu juga membawa dua orang tokoh sasterawan iaitu Usman Awang dan Shahnon Ahmad. Profesor Wu Zong Yu telah berjumpa dan menyatakan kesukaran yang dialaminya dalam mengajar bahasa Melayu di BFSU. Rombongan yang diketuai oleh Nur Azam ternyata terharu setelah mendengar keperitan Wu Zong Yu itu.


Nur Azam telah membawa Profesor Wu Zong Yu ke rumah kedutaan Malaysia di Beijing. Nur Azam telah menyatakan kepada pihak kedutaan Malaysia agar membantu profesor Wu Zong Yu mengajar bahasa Melayu. Setelah mendengar khabaran itu, beliau dapat membayangkan perkara ini dapat membantu para pelajarnya agar tidak terus was-was apa yang sedang beliau ajarkan.


Rombongan Akrobatik China akan mengadakan persembahan di Malaysia. Beliau telah mengikutinya dan bertindak sebagai penterjemah bahasa kepada rombongan tersebut. Pada masa itu, Profesor Wu Zong Yu sudah mendapat gelaran akademik Profesor madya. Kali ini, Wu Zong Yu telah membuat persediaan dengan membawa alat rakaman suara bagi merakam percakapan orang Malaysia.



Sesampainya Wu Zong Yu ke Malaysia, beliau berjumpa dengan A. Aziz Deraman yang merupakan tokoh kebudayaan Melayu. Profesor Wu Zong Yu telah menyuruh Aziz deraman mendengar rakaman pengajaran dalam kelas semasa di Beijing antara beliau dan para pelajarnya. Profesor Wu Zong Yu bertanya kepada Aziz deraman, adakah benar apa yang diajarnya terhadap para pelajarnya. Kerisauan terlintas di wajah Profesor Wu Zong Yu. Aziz Deraman menyuruh beliau agar tidak perlu bimbang jerana apa yang diajarinya adalah boleh difahami oleh masyarakat Malaysia. Profesor Wu Zong Yu jelas rasa kesyukuran dan lega.
Diingati kembali, Wu Zong Yu juga pernah berjumpa dengan datuk seri najib Tun Razak, pada ketika itu memegang jawatan sebagai menteri Belia dan Sukan, membawa bibit-bibit harapan dan ketenangan, apabila Wu Zong Yu merakam apa yang diujarkan oleh Datuk Najib, yang menyuruh para pelajarnya agar jangan khuatir dan susah hati kerana apa yang diajar oleh Wu Zong Yu adalah benar sekali. Para pelajarnya sangat gembira apabila mendengar kenyataan yang dibuat oleh Datuk najib Tun Razak itu.



Perkembangan bahasa Melayu meniti sedikit demi sedikit dengan adanya bantuan dari kedutaan Malaysia. Sebelum mendapat bantuan dari pihak kedutaan malaysia, pelbagai cara dilakukannya seperti mendengar siaran radio malaysia yang digunakan oleh pekerja-pekarja Malaysia di seberang laut. Nada yang didengari itu telah dirakam dan dikaji untuk memberi ilmu kepada anak muridnya.



Perhubungan erat Malaysia dan China menerusi bahasa Melayu
Jika diimbas pada 1990 an, Profesor Wu Zong Yu berkata, selama 30 tahun menunggu, akhirnya baru mendapat bantuan dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Hubungan Malaysia dengan China pada waktu itu sudah bercambah dari segi persefahaman kedua-dua pihak. Hal demikian apabila pada tahun 1995, sebuah kerjasama melalui sebuah Memorendum Persefahaman( MoU) antara beijing Foreign Studies University (BFSU) atau Universiti Bahasa-Bahasa Asing Beijing dengan Dewan Bahasa dan Pustaka telah berjaya dilaksanakan. Hasil kerjasama jitu ini, seorang tenaga pengajar iaitu Tuan haji Manshoor Bin Hj Ahmad daripada DBP telah dihantar untuk mengajar di BFSU. Beliau merupakan pakar asing pertama yang berkhimat di jurusan bahasa Melayu dan membantu Profesor Wu Zong Yu dalam penambahbaikan pengajaran bahasa Melayu di BFSU.



Pada Tahun 1996, Profesor Wu Zong Yu telah berbincang bersama Aziz Deraman, agar pihak Malaysia membantu dalam mempergiatkan usaha di negara China dengan memperbesarkan pengaruh bahasa Melayu. Hasil perbincangan itu, Aziz Deraman dan pihak Malaysia telah menulis satu surat kepada pihak China, yang mana pihak kerajaan Malaysia berhasrat menubuhkan Pusat Pengajaran bahasa Melayu di China, dan dalam surat itu juga memberitahu Wu Zong Yu sebagai Pengarah Pusat Pengajaran Bahasa Melayu itu. Pihak kerajaan China telah menerima surat daripada pihak kerajaan Malaysia berkenaan harapan penubuhan Pusat Pengajaran Bahasa Melayu China dan akan mencuba menjayakannya.



Kejayaan yang dilakukan oleh Profesor Wu Zong Yu dalam mengadakan Seminar Antarabangsa Pengajian Melayu Beijing 1996 yang pertama di China, menimbulkan keyakinan yang tinggi dalam meneruskan usaha perkembangan bahasa Melayu di China. Seminar antarabangsa itu telah menghimpunkan pelbagai cerdik pandai yang terdiri daripada tokoh-tokoh pengajian Melayu dan menghimpunkan hampir seratus orang kesemuanya.



Selepas kejayaan menganjurkan seminar itu, pada tahun 1997, BFSU dengan sokongan daripada kementerian Pendidikan China dan kerjasama kerajaan Malaysia, tertubuhlah Pusat Pengajaran Bahasa Melayu Negara China. Perasmian Pusat pengajaran Bahasa Melayu China telah disempurnakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Pemerkasaan Jurusan Bahasa Melayu BFSU dan Pusat Pengajaran Bahasa Melayu Negara China ini telah menimbulkan harapan yang jelas untuk memastikan masyarakat China akan memahami budaya masyarakat Malaysia, di samping dapat mempelajari komunikasi bahasa Melayu dengan adanya institusi seperti ini.


Pada tahun 1998, Wu Zong Yu telah menyerahkan tugasnya sebagai Ketua Jurusan Bahasa Melayu BFSU kepada Profesor Madya Zhou iaitu anak muridnya. Wu Zong Yu mahu menumpukan tugasnya sebagai Pengarah Pusat Pengajaran Bahasa Melayu dan pertukaran nama Pusat Pengajaran Bahasa Mealyu kepada Pusat Pengajian Melayu negara China, di samping menjadi penasihat bagi Jurusan Bahasa Melayu BFSU. Kejayaan dalam bidang akademik yang telah dilakukan oleh Wu Zong Yu bersama para pensyarahnya, telah memberi kefahaman kepada hampir 200 orang muridnya hingga ke hari ini.


Penyandang Kursi Pengajian Melayu di China



Pada tahun 2007, setelah menunggu hampir 10 tahun, kursi Pengajian Melayu di China telah dapat diwujudkan. Sejarahnya bermula hasil pertemuan Profesor Wu Zong Yu dengan Datuk Najib Tun Razak pada tahun 1997, supaya negara China mempunyai satu kursi pengajian Melayu. Datuk Najib telah bersetuju dan akan mengambil kursi pengajian Melayu di Belanda untuk diletakkan di China. Namun, setelah sekian lama Pofesor Wu Zong Yu menunggu, tiada juga berita itu. Hal ini bermasalah kerana pihak kesatuan Eropah sukar untuk melepaskan kerusi pengajian Melayu di Belanda untuk dipindahkan di China.


Akhirnya, beliau telah mendengar khabaran bahawa pihak Malaysia mempunyai rancangan ini. Kelulusan daripada pihak kabinet Malaysia telah memberi harapan nyata dalam meletakkan satu kerusi pengajian Melayu di China. Profesor Wu Zong Yu telah bertindak menjadi ahli lembaga penemuduga bersama pihak kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Hasilnya pada awal 2008, Profesor Awang Sariyan yang merupakan tokoh bahasa Melayu telah dipilih menjadi penyandang Kerusi Pengajian Melayu di China.


Kerjasama universiti melalui perkembangan bahasa Melayu
Hasil menandatangani Memorendum Persefahaman (MoU) antara Universiti Pengajian Bahasa- bahasa Asing Beijing( BFSU) dengan Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya ( APMUM) hingga ke hari ini, pelbagai kerjasama pertukaran ilmu telah dapat dilakukan. Antaranya, penghantaran pelajar jurusan bahasa Melayu BFSU untuk belajar di APMUM selama satu semester. Pihak APMUM telah menyediakan pelbagai subjek bahasa Melayu untuk dipelajari oleh para pelajar jurusan bahasa Melayu BFSU. Perkara yang menarik hati para pelajar jurusan bahasa Melayu BFSU ini, ialah menyelami perasaan masyarakat Malaysia dalam program keluarga angkat yang diaturkan oleh pihak APMUM. Program keluarga angkat di Kampung Lonek, Negeri Sembilan telah diadakan supaya pelajar jurusan bahasa Melayu BFSU dapat berkomunikasi dan dapat mengikut rentak cara hidup penduduk di situ. Kejayaan ini dilakukan dengan usaha keras bersama dengan Profesor Wu Zong Yu dengan pihak atasan BFSU dan APMUM.



Hasil kunjungan para pelajar jurusan bahasa Melayu BFSU ke Malaysia, pada tahun 2008 terhasillah Program Pertukaran Pelajar Akademi Pengajian Melayu (APMUM) ke Universiti Pengajian Bahasa- bahasa Asing Beijing (BFSU). Kerjasama antara Pusat Pengajian Melayu di China dan pihak Jurusan Bahasa Melayu BFSU , telah merangka memberi kefahaman budaya China dan seterusnya mempelajari bahasa Mandarin yang akan diajar oleh pensyarah dari Jurusan Bahasa Melayu BFSU sendiri. Kerjasama antara Pihak Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya( APMUM) dengan Universiti Pengajian Bahasa- bahasa Asing Beijing (BFSU) telah merapatkan hubungan Malaysia dan China.



Selepas kejayaan Penukaran nama dan tugas Pusat pengajaran bahasa Melayu kepada Pusat Pengajian Melayu China, Wu Zong Yu telah memulakan skop penyelidikan yang lebih besar merangkumi bahasa, budaya, kesusasteraan, dan kesenian berpandukan konsep dunia Melayu diserata peta dunia. Profesor Wu Zong Yu juga telah bertindak membantu universiti -universiti yang ingin memulakan pengambilan pelajar bagi jurusan bahasa Melayu. Sebagai contoh, beliau membantu Universiti Guanxi dalam memberi tunjuk ajar dalam selok belok pengetahuan bahasa Melayu.



Merenung ke langit


Perwatakan yang sentiasa merendah diri, memberi sesiapa sahaja menykai sifat Profesor Wu Zong Yu. Sifatnya yang sering ingin belajar menjadikan beliau sebagai “kamus bergerak” bagi para pelajarnya dahulu. Setelah kesusahan telah diatasi dan pelbagai usaha dalam menyemai benih bahasa Melayu di China meniti telah berjaya, beliau masih mengatakan “perjuangan belum selesai”. Hal ini menunjukkan beliau mahu melihat pencapaian perlu dicemerlangkan lagi.Beliau mempunyai impian agar para pelajarnya dapat menggunakan ilmu yang dicurahnya supaya dapayt menggunakan selepas tamat pelajaran.



Graduan Jurusan Bahasa Melayu BFSU telah mencipta sejarah apabila pelbagai kerjaya telah diceburi. Antaranya, telah berkerja di Radio china International (RCI) yang menyiarkan siaran dalam bahasa Melayu. Selain itu, para pelajarnya juga berkhimat sebagai penterjemah di kedutaan China dan Malaysia. Sektor pelancongan juga menjadi destinasi kerjaya oleh para pelajarnya dengan membantu pelancong dari Malaysia. Satu perkara yang membanggakan oleh Profesor Wu Zong Yu terhadap para pelajarnya, ialah telah mewakili China dalam Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu setiap tahun di Malaysia dan menjadi pasukan yang digeruni oleh negara lain termasuk dari Malaysia sendiri.


Kesimpulan diakhir pertemuan



Hasil kerja berpasukan oleh Profesor Wu Zong Yu dengan pensyarah yang terdiri daripada anak muridnya telah membuktikan perkara yang mustahil dapat dijadikan kenyataan. Pelbagai tokoh pengajian Melayu di serata dunia telah mengakui, apa yang dilakukan oleh Profesor Wu Zong Yu sebagai satu keajaiban. Perkembangan bahasa Melayu yang telah dilakukan oleh beliau telah merapatkan hubungan diplomatik antara China dan Malaysia.



Maka, selayaknyalah Profesor Wu Zong Yu sebagai Laksamana Cheng Ho kedua yang menyatukan hubungan erat China dan Malaysia. Cabaran dan pengorbanan beliau dalam memperkasakan jurusan Bahasa Melayu BFSU dan menaikkan semangat para pelajarnya agar sentiasa bersemangat, menjuruskan beliau sebagai ikutan oleh para pelajarnya. Kegetiran beliau sejak 1961 untuk menubuhkan Jurusan Bahasa Melayu BFSU memberikan beliau mencorak kegemilangan demi kegemilangan untuk menyemarakkan lagi keilmuan dunia Melayu di serata dunia. Beliau bolehlah di umpamakan kapal pelayaran mencari destinasi impiannya. Kehebatan yang disembunyikan oleh beliau ini, melayakkan beliau sebagai tokoh pengajian Melayu negara China. Sekalung penghargaan kepada Profesor Wu Zong Yu.



Kertas Kerja ini dilakukan semasa penulis sedang belajar di Universiti Pengajian Bahasa -bahasa Asing Beijing (BFSU) dalam Program Pertukaran Pelajar Universti Malaya dengan Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing (BFSU). Program pertukaran pelajar ini dijalankan antara 15 Mei 2008 hingga 30 Jun 2008.Penulis merupakan Mantan Timbalan Presiden Mahasiswa Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya. Kertas kerja ini berdasarkan temu bual yang dijalankan bersama Profesor Wu Zong Yu.

Friday, May 8, 2009

SUMPAH MELAYU


Sekuntum Intergriti Buat Bangsaku

SEKUNTUM INTEGRITI BUAT BANGSAKU

Wahai bangsaku yang Satu
Engkau lihatlah langit tiada kosong
Pencakar langit segan silu
Menunjah ke langit

Engkau lihatlah daratan tiada kesepian
Sebungkus kemajuan dikongsi bersama
Namun mengertikah bangsaku
Cemerlang ini
Gemilang ini
Terbilang ini
Kerna sekuntum integriti ?

Negara makmur pemimpin disayangi
Kejujuran bersusah tumpuan bangsa
Kolar putih dicuci seputih murni
Agar tiang Negara
tidak goyang
Tidak dikhianati
tidak membusukkan
bangsa membangun yang Satu


kejayaan bangsa amanah namanya
tanggungjawab membangunkan Negara
melangkau wawasan 2020
memerdekakan minda kotor
yang merajai segenap lapisan
penipuan,
ketamakan,
pecah amanah,
hilangnya segunung nilai-nilai murni
manusia bangsaku yang satu

tahukah bangsaku
perpaduan majmuk tumpuan dunia
hasilan integriti acuan Negara
integriti mudah ditulis
mudah jua untuk dilafazkan

namun
bukan senang untuk dilaksanakan
tanpa kemurnian hati
memerdekakan jiwanya
yang merakus harapan negara
mengejar bangsa dan Negara
cemerlang,gemilang, dan terbilang

hasilan :
Khairul zaim Mohd shaari

Sunday, April 19, 2009

PPSMI: PROF ABDULLAH HASSAN

Bentangkan Hasil Kajian Terhadap Dasar PPSMI - Prof. Emr. Abdullah Hassan (16/4/09)




Menteri Pelajaran Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyatakan kajian mengenai dasar PPSMI selesai dan sedia untuk dibentangkan ke Kabinet. Tidaklah diketahui sama ada kajian itu meliputi pelaksanaanya. Beliau juga berkata Kementerian Pelajaran bagaimanapun perlu menunggu maklum balas daripada semua kementerian yang terlibat.Diharapkan pernyataan ini juga mencakupi Kementeria Pengajian Tinggi. Yang tidak dinyatakan, dan perlu sangat dilakukan adalah, badan-badan bukan kerajaan dan individu yang prihatin juga mesti diberikan peluang membuat penelitian terhadap dokumen tersebut, sebelum ianya disampaikan kepada Kabinet.Ada banyak isu yang terlibat.1. Ada sekitar 5.4 juta orang pelajar pelajar di Malaysia pada hari ini. Oleh sebab itu wajarlah sesiapa yang memegang teraju kepimpinan di Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi mengambil kira supaya dasar PPSMI itu tidak menyisihkan” seorang pun rakyat daripada haknya mendapat pendidikan,” seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.Janganlah dasar itu hanya menyelebelahi golongan tertentu sahaja seperti kelas menengah yang berbahasa Inggeris di rumahnya?2. Adalah diharapakan di bawah pentadbiran Menteri dan Timbalan baru ini, GMP dapat menyampaikan maklumat dengan telus. Di bawah pentadbiran sebelum ini, sebarang maklumat seolah-olah tidak difahami dan dineutralsasikan oleh pegawainya, seolah-olah GMP salah faham tentang ppsmi.3. Ada banyak maklum balas daripada kementerian dan guru yang tidak berani menyatakan kebenaran. Takut dibuang kerja. Ada seorang pegawai yang menjadi ahli Persatuan Linguistik Malaysia. Beliau sering bercakap lantang membantah PPSMI. Tiba-tiba beliau menyepi. Alasannya, beliau sudah ‘dipanggil oleh orang atas.’ Sepatutnya, orang begini diberi peluang seluas-luasnya menyatakan sebab dan hujah pendiriannya, hatta kepada menteri sekalipun. Ingat bidalan Melayu, Harapkan sokong, sokong membawa rebah.”4. Ada maklumat daripada ‘dalam’ yang menyatakan keputusan markah peperiksaan ‘diubahsuai’ supaya dapat memberi gambaran dasar ppsmi berjaya. Kajian UPSI dan kajin Pembina menyatakan sebaliknya.5. Adalah penting sebarang keputusan dibuat dengan memahami maklumat sebenar. Oleh sebab itu adalah penting kementerian dan media tidak memutar belitkan maklumat. Dan terlalu jelas pihak kementerian dan media kerajaan menyebelahi pihak proppsmi. Ini boleh menjejaskan kesimpulan yang wajar.

Prof. Abdullah Hassanhttp://profabdullah1.

wordpress.com/2009/04/16/bentangkan-hasil-kajian-terhadap-dasar-dan-pelaksanaan-ppsmi/

Tuesday, March 10, 2009

Suarakan Nasib BM di Perhimpunan Agong UMNO 2009


Isu bahasa kebangsaan kembali hangat apabila isu PPSMI didesakan pelbagai pihak yang terdiri tokoh pejuang bahasa, ahli politik, mahasiswa, ibubapa, dan tidak dilupakan masyarakat yang mencintai BM sebagai bahasa mojoriti Malaysia. Namun, terdapat juga segelintir pihak yang menyokong PPSMI agar diteruskan. Akibatnya, berlakunya perhimpunan membantah perlaksanaan PPSMI oleh Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) yang dinaungi pelbagai pelbagai NGO ,dan mendapat sokongan ahli politik. Disebalik penglibatan ahli politik yang dikatakan dari pihak pembangkang, maka pelbagai reaksi telah diberikan, ada yang baik, ada juga yang sebaliknya.

Pada perhimpunan agong UMNO 2009 ini, perkara yang diharapkan agar isu PPSMI diselesaikan dengan segera, seperti mana UMNO merupakan parti politik Melayu yang terbesar di Malaysia dan juga merupakan parti yang mendominasi pentadbiran negara. Perkara ini mendapat reaksi daripada Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyidin Yassin yang berkata perlu ada langkah mempercepatkan tindakan menangani isu ini agar masalah ini tidak berlarutan.

Tambahnya lagi, beliau berharap menteri terbabit perlu memberi kata dua dalam menyelesaikan masalah ini. Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mengingatkan masalah PPSMI ini akan memberi kesan negatif terhadap parti yang selama ini membela kebajikan orang Melayu. Pemimpin UMNO harus kembali kepada asas perlembagaan UMNO yang telah digubal oleh cendiakawan UMNO yang meletakkan Bahasa Melayu(kebangsaan) sebagai bahasa yang diakui, sebagaimana dalam fasal 3.5(Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu). ahli UMNO juga harus munasabah diri dalam menilai antara kemahuan maju dengan kesucian perlembagaan negara yang meletakkan bahasa kebangsaan dalam undang-undang negara, yang dijaga pelbagai peruntukan undang-undang, antaranya perkara 152. Hal ini bukan menidakkan bahasa lain, tetapi bahasa kebangsaan ini yang menjaga perpaduan sesama bangsa Malaysia .


Kenyataan Raja Nazrin semasa melancarkan buku "The Malays hasil karya Prof. Anthony Milner di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang bertitah bahawa masyarakat Melayu perlu menjaga kesucian agama, bahasa, dan budaya yang mana dinaungi oleh raja-raja Melayu dan termaktub perlembagaan." Raja Nazrin juga menggambarkan secara simbolik dengan kisah Pak Kadok yang menceritakan bagaimana Pak kadok menyerahkan ayam sabungnya kepada lawannya, namun Pak Kadok hanya menang sorak, kampung tergadai. Perkara yang paling menggusarkan baginda ialah andai Melayu akan pupus dan hanya tinggal pada nama dan hanya hikayat lama menceritakan konsep Melayu sahaja. Orang Melayu perlu bermuhasabah diri, terutama pemimpin UMNO.

Selepas perhimpunan agong UMNO ini, maka tugas maha penting dalam urusan kepentingan Orang Melayu akan diletakkan dibahu Dato seri Najib Tun Abdul Razak yang bakal menjadi Perdana Menteri yang keenam. Masyarakat amnya, berharap kepimpinan baru ini dapat membantu nasib bahasa kebangsaan agar tidak ditelan zaman.Isu PPSMI ini, seharusnya diletakkan sebagai agenda utama dalam perhimpunan UMNO, selain masalah ekonomi ketika ini. Kita berharap, pada wawasan 2020, kita sudah berjaya melengkapkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu dan bahasa teknologi sebagaimana negara maju dan negara membangun yang lain.Hang tuah pernah berkata, "tak Melayu Hilang di Dunia", namun anak muda seperti saya" Melayu Hilang di hatinya". Sama-sama kita renungkan.

Monday, March 9, 2009

PPSMI : SEMINAR


Aku Disimpangan Bahasa dan Bangsa Melayu: PPSMI

Sayu hati bila sesampai di KL, apabila baru belum lelah penatku dari kampung, terus langkahku ke Masjid Negara untuk menyokong pemansuhan PPSMI. Ketika ku melangkah ke Istana Negara, ku melihat pelbagai lapisan masyarakat ingin berhimpun ke sana, orang Melayu, Cina, India,... tambah memilukan ada beberapa "kerat Mat Salleh" yang sama-sama berarak . Anak-anak kecil, tua muda, dan sedih hati melihat seorang bapa menyorong anak yang cacat( dalam hati, ku tahu ini seumpama memberitahuku, bagaimana hati kecil anak cacat ini mempelajari PPSMI ini)

Memorendum telah berjaya disampaikan, namun sebalik penat lelah ini, satu isu ku ingin nukilankan, iaitu kemanusiaan semasa dalam perarakan ini, "isu asap pemedih mata". dua kali ku diasapkan oleh balingan FRU, tapi bagiku tidak mengapa , walau pedih mata, walau sakit mulut, dan pedihnya hidung... cuma sedih lihat anak kecil yang datang bersama ibubapa menangis 'anak-beranak"...hatiku menangis melihat seksanya anak kecil itu seperti lemas di lautan...sambung(InsyaAllah)

PPSMI: KENYATAAN PROF AWANG

PERNYATAAN TENTANG PENYERAHAN MEMORANDUM
BANTAHAN PELAKSANAAN PPSMI
1. Saya bersyukur akhirnya pernyataan hati nurani rakyat yang prihatin kepada kedudukan dan peranan dan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa penghantar utama sistem pendidikan negara, sebagaimana yang dimaktubkan dalam Perlembagaan dan Akta Pendidikan dapat disembahkan kepada Ketua Negara, Yang di-Pertuan Agong. Saya menyertai ucap sembah menjunjung kasih seluruh pejuang bahasa kepada baginda atas keprihatinan baginda terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai salah satu pancang dan tunjang kenegaraan.
2. Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada penggerak Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang berjaya merakyatkan dan memasyarakatkan perjuangan bahasa kebangsaan sehingga bangkit kesedaran massa tentang peranan bahasa Melayu sebagai salah asas pembinaan negara, sebagaimana yang diputuskan dan dilaksanakan sejak kemerdekaan. Saya tidak berminat mengulas soal teknis tentang apa-apa yang berlaku dalam cara penyampaian memorandum perjuangan rakyat itu, kerana yang jauh lebih penting ialah memfokuskan perhatian kepada agenda negara dalam soal mempertahankan kedudukan dan peranan bahasa Melayu dalam pembangunan negara.
3. Asas paling utama bantahan pejuang bahasa dan mereka yang faham serta menghayati peruntukan dalam Perlembagaan dan Akta Pendidikan tentang kedudukan dan peranan bahasa Melayu ialah bahawa kuasa eksekutif wajib menghormati keputusan badan Penggubal undang-undang, iaitu Parlimen. Jelas bahawa pelaksanaan PPSMI bercanggah dan menyeleweng daripada undang-undang tentang bahasa Melayu yang telah dimaktubkan. Atas asas ini sahaja kerajaan tidak perlu mencari jalan panjang lagi berliku-liku untuk mencari kewajaran mempertahankan dan meneruskan PPSMI. Apa-apa jua alasan dan hujah untuk mempertahankan dan meneruskan PPSMI dan dasar lain yang seumpama itu terbatal dengan sendirinya apabila kita menggunakan premis undang-undang negara tentang dasar bahasa kebangsaan. Oleh itu, seruan Perdana Menteri supaya disegerakan keputusan yang wajar (pasti yang berdasarkan undang-undang negara) tentang PPSMI perlu dilaksanakan oleh badan eksekutif (jemaah menteri).
4. Polemik yang bersifat pinggiran seperti pencarian dalang di balik perhimpunan membantah PPSMI tidak memberikan faedah apa-apa pun jua, selain semata-mata menayangkan nafsu menjaga kuasa dan memusuhi golongan yang tidak sekelompok dengan pihak berkenaan. Dapatkah orang yang sihat akalnya menerima tohmah bahawa tokoh seperti Dato’ Dr Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara Dato’ A. Samad Said serta tokoh-tokoh lain yang sepanjang hayatnya tidak hidup atas kurniaan kontrak dan perniagaan sanggup didalangi oleh mana-mana pihak untuk ke hadapan dalam perjuangan menjaga martabat bahasa Melayu?. Yang dapat dibayangkan ialah bahawa kesungguhan hendak mempertahankan dan meneruskan PPSMI itu barangkali ada kaitannya dengan kepentingan agihan kontrak dan habuan yang telah dibuat dalam aspek prasarana pelaksanaan PPSMI. Wallahu a`lam.
5. Demikian juga, berkali-kali disebut bahawa mengapa sesudah enam tahun pelaksanaannya baru kini timbul penentangan dan hujah bahawa PPSMI menyalahi Perlembagaan dan Akta Pendidikan, seolah-olah pejuang bahasa sengaja menanti saat tertentu dengan niat tertentu untuk menjatuhkan orang yang merasakan dirinya begitu penting. Sahlah bahawa orang yang berhujah demikian sama ada baru bangkit daripada lena yang panjang atau diserang penyakit pelupa yang kronik. Seawal pengumuman dasar PPSMI pada tahun 2002, individu dan badan-badan bukan kerajaan, dan bahkan parti politik tertentu atau bahagian dalam parti kepemimpinan kerajaan sendiri telah mengadakan seminar, konvensyen, forum, pertemuan dengan pemimpin pelbagai pihak, hatta kedua-dua orang Perdana Menteri, penyerahan memorandum dan hasil kajian empiris, penggunaan media cetak dan media elektronik. Para pejuang bahasa dengan penuh adab dan kesantunan mencuba menggunakan saluran intelektual dan yang dikatakan “saluran betul” oleh pihak-pihak yang kononnya sangat beradab selama bertahun-tahun, tetapi tidak tampak reaksi yang meyakinkan daripada kerajaan, malah pernyataan demi pernyataan pihak berkuasa cenderung untuk meneruskan dasar yang bercanggah dengan undang-undang negara dan kepentingan negara itu. Menteri Pelajaran yang ketika itu menjadi Menteri Belia dan Sukan sendiri dan atas kapasitinya sebagai Ketua Pemuda UMNO telah dikunjungi oleh pimpinan Dewan Bahasa dan Pustaka dan Persatuan Linguistik Malaysia di pejabatnya di Jalan Dato’ Onn dan telah memperlihatkan keprihatinan pada waktu itu.
6. Pada hemat saya, kini bukan masanya untuk kita saling mendakwa tentang cara dan kenapa timbul bantahan, atau ada tidaknya dalang di balik bantahan terhadap PPSMI. Fikirkanlah asas proses pembinaan negara yang telah dirancang sejak awal, malah sebelum kemerdekaan, menurut acuan yang munasabah bagi negara kita. Salah satu asas itu ialah bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa penghantar utama sistem pendidikan. Marilah kita menjadi bangsa yang tahu menghormati warisan tamadun bangsa yang telah berakar teguh sejak berabad-abad lamanya. Manfaatkanlah apa-apa jua unsur daripada tamadun luar, termasuk penguasaan bahasa-bahasa asing, tetapi usahlah menjadi bangsa yang rakus akan kemajuan kebendaan sehingga kehilangan roh bangsa dan negara. Bukalah mata kita seluas-luasnya bagaimana negara-negara maju di seluruh dunia yang tetap mengutamakan bahasa kebangsaan masing-masing sebagah wahana komunikasi dalam bidang-bidang kehidupan bertamadun mereka, meskipun tidak meremehkan bahasa asing yang bermanfaat sebagai alat sokongan kemajuan negara mereka.
Prof. Dr Awang Sariyan
Penyandang Kursi Pengajian Melayu – China
Beijing Foreign Studies University
9 Mac 2009

Friday, February 13, 2009

Pentingnya subjek sejarah dalam memupuk perpaduan Negara

Pada ketika ini, isu perpaduan antara kaum sentiasa menjadi “panas” apabila “demam politik” negara semakin memuncak, ada ketikanya menjangkaui aras undang-undang yang berpaksikan perlembagaan Negara.

Salah satu cara memupuk perpaduan negara ialah dengan memberi kefahaman tentang unsur sejarah negara kepada anak warisan kita, yang berbilang bangsa terdiri daripada pelbagai agama, bangsa dan kefahaman. Cadangan kerajaan dalam memasukkan subjek sejarah dalam peringkat sekolah rendah merupakan langkah yang tepat, dalam memberi gambaran asas kepada anak bangsa kita.

Tambahan lagi, baru-baru ini Menteri pembangunanUsahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar mengambil langkah yang murni dengan mewajibkan semua pelajar institusi pendidikan yang dikelola oleh Mara. Beliau mengatakan bahawa kepentingan sejarah ini supaya anak bangsa tidak melupakan pemahaman sejarah Malaysia seperti “kontrak sosial” dan kesucian perlembagaan Negara.




Subjek sejarah untuk sekolah rendah mestilah bersifat mudah difahami dengan menitik beratkan persoalan sebab dan akibat, supaya pembelajaran “tidak masuk telingan kanan, keluar telinga kiri”. Aspek yang paling penting dalam memberi pembelajaran sejarah yang senang difahami oleh pelajar ialah dengan memastikan guru yang mengajarnya mestilah amat mencintai ilmu berkenaan sejarah, supaya pembelajaran yang diajarkan tidak membosankan para pelajar.
Pembelajaran sejarah di China dan tidak kurang juga di Amerika Syarikat banyak menitikberatkan kaedah penggunaan “visual-video” dengan memaparkan pelbagai rencana sejarah berbentuk filem dan dokumentari. Kaedah ini memberi 50 peratus gambaran dokumentari, 30 peratus pemahaman guru kepada pelajar, dan 20 peratus soal-jawab. Jika sains dikatakan bersifat praktikal , maka subjek sejarah juga memerlukan pendekatan yang sama iaitu bukan sekadar membaca buku teks sahaja.

Perkara yang lebih penting, Subjek sejarah mestilah diajar secara menyeluruh diseluruh sekolah tidak kira sekolah harian, sekolah agama, ataupun sekolah jenis kebangsaan. Penggunaan bahasa kebangsaan haruslah digunakan dengan sepenuhnya dalam pembelajaran subjek sejarah . Hal ini kerana, para pelajar harus menghormati bahasa kebangsaan yang memupuk erti perpaduan antara kaum dan sekaligus menjadikan bahasa kebangsaan medium bahasa terpenting.

Isu-isu sensitif seperti Kontrak sosial, ketuanan Melayu dan raja berpelembagaan haruslah diajar dengan kaedah tidak “mengapi-apikan para pelajar. Penggunaan cara tolenrasi guru-guru mengajar dalam isu ini harus digunakan agar parapelajar berbilang kaum tidak “terguris hatinya”. Namun, perkara yang pahit harus diberitahu, walaupun pahit, Cuma terpulang kebijaksanaan pendidik.

Khairul Zaim Mohd shaari
Kampung Gajah
Perak

Monday, February 9, 2009

Jangan Persendakan “kedaulatan Raja-raja Melayu

Jangan Persendakan “kedaulatan Raja-raja Melayu


Kenyataan Pengerusi DAP Malaysia, Kapal Singh berhubung hasratnya menyaman ke bawah duli Sultan Perak , baru-baru ini benar-benar memberi tamparan hebat bagi orang Melayu. Kenyataan Kapal Singh ini sebenarnya seperti sudah lama dipendamnya, umpamanya isu masuk campurnya dalam urusan Jabatan Agama Islam Perak pada tahun lepas.
Hasrat Kapal Singh menyaman Sultan Perak yang sebagaimana kita ketahui, ialah berpunca dari isu “ kemenangan ajaib BN Perak” yang telah diperkenankan oleh Sultan Perak apabila BN perak mendapat majoriti bagi membentuk kerajaan.

Jangan Perkotak- katikkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak

Pakatan rakyat (PR) seharusnya menuding jari pada diri sendiri , apabila kepercayaan yang diberikan oleh rakyat jelata khususnya di Perak, pada pilihan raya umum ke 12 (PRU 12), tidak dibuat bersungguh -sungguh, apabila berlakunya masalah dalaman sepertinya pepecahan pendapat, isu kuasa memerintah, kerajaan boneka dan isu harta benda seperti isu kereta yang mana lebih banyak jika dibandingkan dengan perhebahan membantu rakyat perak serta turun padang ke kawasan masing-masing.

Bekas Menteri Besar dan Exco Kerajaan Campuran Perak yang sampai sekarang masih mengganggap masih berkuasa seharusnya menghormati Undang –undang Perak dan perkenan Sultan Perak.

Hal demikian, rakyat jelata mesti memahami, setiap undang-undang negeri –negeri di Malaysia ada kelainannya, khususnya di negerai Perak, yang mana Perak menggunakan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak (UUTKP). Perkara ini boleh dilihat berdasarkan peruntukan Fasal 16(6), yang antara lainnya menyebut ;
Jika Menteri Besar telah hilang sokongan majoriti ahli-ahli DUN –
MB hendaklah (”shall”) meletakkan jawatan keseluruhan Ahli Majlis Kerajaan Negeri (”Exco”) termasuk dirinya sendiri sebagai Ketua Exco - Perkataan “shall” bermaksud sesuatu yang mandatori untuk dilakukan dan tiada pengecualian dibenarkan.
Bahagian Ketiga (di tengah-tengah Fasal 16 (6)): Melainkan dengan permintaannya untuk pembubaran DUN diperkenankan oleh Sultan - ini bermaksud ada proviso atau pengecualian tetapi bersyarat di dalam Fasal 16 (6) yang membolehkan MB memohon pembubaran DUN apabila beliau hilang kepercayaan majoriti tetapi dengan syarat diperkenan sultan. Tidak ada peruntukan selanjutnya yang mengatakan sultan wajib menerima permohonan MB di sini.

UUTKP juga memberi penerangan berdasarkan peruntukan 18 (2) (b) di bawahnya (dalam menolak permintaan pembubaran DUN dan menitahkan perletakkan jawatan MB Nizar dan Exconya). Fasal 18(2) (b) menerangkan bahawa Sultan Perak menggunakan kuasa budi bicara (kuasa menentukan sesuatu dan bertindak atas penilaiannya sendiri. Sultan menggunakan fasal ini bagi memikirkan kebenarannya dan memperkenankan kerajaan baru dibuat.

Perpaduan orang Melayu dan bangsa lain bersama

Setelah berlakunya demontrasi di Istana Kuala Kangsar, timbul satu perasaan hati kecil yang bertanya-tanya, kenapa sampai begini jadinya sehingga sanggup melampaui batasan kenormaan orang Melayu. Jika dikatakan demontrasi dianjurkan oleh Pakatan Rakyat yang menghimpunkan parti DAP, Keadilan , dan Pas, tetapi kenapa hanya ada orang Melayu (Pas) yang menyorak-yorak dan berdemontrasi . Mana hilangnya kawan-kawan mereka di kalangan DAP dan Keadilan.” Tepuk dada tanya iman”. Ada juga sebahagian penyokong pembangkang menunjukkan kekesalannya kerana kawan-kawan ( parti) mereka yang hilang entak ke mana.

Kita sedia maklum, bahawa kuasa bekas kerajaan campuran Perak adalah dipegang oleh DAP, dan hal ini telah menjadikan MB (PAS) sebagai boneka mereka. Cuma, perkara yang menjadi tanda tanya, adakah orang Melayu yang menyertai DAP juga telah “menderhaka” perintah Sultan dan raja-raja Melayu, sebagai mana pengerusinya iaitu Parti DAP Kapal Singh yang mahu menyaman Sultan Perak.

Jika disusuri dalam “Sejarah Melayu” ataupun “Sulalatus salatin” yang dinukilankan oleh Tun Sri Lanang, telah memberi gambaran bahawa orang Melayu pantang menderhaka kepada rajanya. Perkataan “ derhaka” bagi orang Melayu jika ketika dahulu sangat ditakuti kerana di datangi oleh “tulah”.Seharusnya orang Melayu perlu menghormati Sultan dan raja-raja Melayu sebagaimana raja bertindak sebagai ketua negara, dan ketua agama Islam.

Seharusnya, pada masa ini orang Melayu perlu bersama-sama bermuhasabah diri setelah bermacam ketidakstabilan perpaduan orang Melayu yang merugikan bangsa sendiri.Hal ini bukan hanya bagi Pakatan Rakyat (Melayu) tetapi perlu diambil serius oleh Barisan Nasional (Melayu). Orang Melayu Perlu berikrar menjaga kedaulatan Raja-raja Melayu, agar anak-anak warisan kita faham erti Kesultanan dan raja-raja Melayu.

Janganlah sampai mahu menjatuhkan raja-raja Melayu dan mengakibatkan anak-anak bangsa tercari-cari dalam lipatan sejarah sahaja. Orang Melayu juga perlu bertanggungjawab membawa perpaduan antara kaum supaya isu ketuanan Melayu ini tidak disalahertikan dan perlu dibetulkan tanggapan ini.







Tugas Kerajaan baru Perak
Tanggungjawab besar oleh kerajaan baru yang didukung oleh BN, seharusnya mengembalikan kepercayaan orang melayu dan juga mengembalikan perpaduan antara kaum seperti sediakala. Tugas ini memenag memerlukan masa, namun jangan menghancurkan “harapan” , sebagaimana kehancuran yang terjadi pada masa kini. Tugas hakiki dan bersifat nasional ialah mengembalikan ekonomi negara kembali berdaya saing agar kehidupan rakyat kembali pulih dalam skop yang lebih aman, dan makmur.
-Khairul Zaim Mohd Shaari
Mantan Timbalan Presiden
Mahasiswa Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya

Friday, January 16, 2009

Pilihanraya Kampus UM : harapan baru

Salam...Ukhwah..

Panas. Itulah darah muda bagi mahasiswa UM dalam PRK UM . Dalam kesempatan ini, saya sebagai mantan Wakil Pelajar APM UM, berharap ada angin "perubahan" yang baik untuk mahasiswa. Perubahan ini mestilah bukan kehendak diri sendiri tetapi untk kebajikan mahasiswa.

manifesto APm oleh calon MPMUM APM , mestilah lebih menjurus keintelektualan, dan menegakkan bahasa Melayu di UM. Itulah perkara yang paling perlu dilakukan.

Saya bertindak sebagai"bebas", kerana saya tidak mahu calon MPMUM APM berasa saya menyebelahi mereka, saya mahu mereka lebih tenang dalam perjuangan masing-masing.

Bagi calon PRO M, dan PRO A, saya berharap anda melunaskan perkara manifesto sebetulnya, jangan ikut hati.

Namun , saya ingin menegaskan sekali lagi, angin perubahan perlu dilakukan di UM, seperti penerapan semangat BAHASA MELAYU DI UM.