Sunday, December 14, 2008

Mahasiswa Melayu pengecut?

Tajuk ini sekadar memberi satu penjelasan kepada "golongan veteran pemimpin" yang mengatakan mahasiswa hari ini sebagai lalai, tidak peka, kurang modal insan dan tidak tahu isu semasa.

Memang tidak dinafikan memenag wujud permasalahan ini, namun jangan kita menyisihkan mereka ini. Mahasiswa hari ini , di ibaratkan sebagai seorang yang hanya "ulat buku" dan "bermain sahaja'.

Persoalan yang harus diutarakan adalah bagaimana "golongan veteran" membimbing mereka ke arah yang terbaik.

kita ambil contoh, beberapa NGO pelajar muda , NGO seperti PKPIM, dan beberapa lagi dikatakan sebagai pendesak golongan Veteran pemimpin. Mereka ini bagi saya, sati NGO yang harus diberi tumpuan yang jitu agar dapat mengembangkan lagi asahan kepemimpinan mereka.

Kerajaan harus membuka ruang dalam penubuhan lebih banyak NGO seprti ini. Kita lihat persatuan seperti PBMUM, dan beberapa persatuan yang memperjuangkan bahasa Melayu dihalang dan juga diharamkan penyertaan mereka di luar..satu "ketidakpandaian berlaku".

ulasan saya ini bukanlah bersifat anti kerajaan, tetapi adakah salahnya mengkritik sebagai golongan muda yang meniti alam kedewasaan.

Mahasiswa hari ini bukan semua yang seperti digambarkan dalam tajuk ini, itulah yang harus diteliti...

Thursday, December 4, 2008

khas untuk rakyat palestine

Aiman - Dusta Berkalang
Semua yang nista
Semua yang dusta
Tidak kan bertahan
Tidak kan tersimpan

Jadi debu berhamburan
Menjadi mangsanya
Permainan mayapada
Begitu al-kisah nya

Kanan kiri berkalang
Pantas cari lindungan
Usah rebah hati
Manis racun dunia
Ramai insan tertawan
Rawan tersiksa

Ranumnya sang bulan
Merdunya seri bayu
Hanyalah puraan
Di alam khayalan
Dalam ombak hidup
Kita yang layari
Jangan kau tenggelam
Di arus masa
Harus kau kemudi
Pulang ke hakiki

selengkar kataku

kadangkala
kubuntu memikirkan erti cinta
sering kemarukdalam cinta dunia
kulupakan kasihnya nur islam
hanya mengejar sebujur insan
yang membuai rasa rindu

namun
masa meremaja hati ini
ku temui insan mendewasakanku
dengan kasih sayang
atas nama Islam

ku Bersyukur

Ketuanan Melayu bukan bahan mainan


Kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, berkenaan kritikan pedasnya mengenai isu ketuanan Melayu benar-benar mengguris hati segenap lapisan orang Melayu. Pandangan ini telah dilahirkan olehnya, sedang kekalutan dalam permasalah pepecahan orang Melayu terjadi. Kenyataan yang di utarakan oleh Soi Lek bolehlah ditanggapi sebagai bersifat popular dan seperti ingin menjadi hero semata-mata.

Sebenarnya jika diperhatikan pertikaian ketuanan Melayu banyak dipertikaikan apabila Pilihanraya Umum ke 12 menyaksikan Barisan Nasional mengalami kejutan dengan tidak mendapat 2/3 dalam pilihanraya, dan melihat beberapa negeri telah diambil oleh pihak pembangkang.Pertikaian mengenai ketuanan Melayu, bukan sahaja dilihat pada masakini, tetapi pernah terjadi apabila Umno mengalami masalah dalamannya pada tahun 1999, berlakunya penentangan oleh gerakan Suqiu.Tuntutan berani yang dilakukan oleh gerakan Siqiu ini bertolak kepada perbalahan politik dalaman Umno. Selain itu, pada tahun 1980-an, terjadi juga desakan agar pindaan dasar dengan menyuruh memberi persamaan taraf budaya dan menyuruh melakukan kajian semula.

Rakyat Malaysia pelbagai bangsa, seharusnya mengetahui bahawa, negara Malaysia dibina dari acuan tamadun melayu, yang menjadi penduduk asal di tanah Melayu. Kelangsungan tamadun Melayu ini telah menjadikan batu asas dalam pembikinan negara Malaysia. Hal ini demikian kerana Malaysia ini dahulu tergolong dalam rumpun Melayu ataupun nusantara yang terdiri dari pencantuman politi-politi kecil kerajaan lama seperti kerajaan Melayu Melaka dan beberapa kerajaan kesultanan seperti Perak, selangor , Kedah dan yang bernaung atas nama raja Melayu.
Pelanggaran konsep ketuanan Melayu oleh rakyat jelata sama ada orang Melayu atau bukan Melayu, sama seperti menderhaka kepada Yang Dipertuan Agong . Ketuanan Melayu ini haruslah difahami dengan sebenar-benarnya. Sejarah dan fakta negara tidak boleh dipinda sesuka hati, kerana sejarah yang mencorakkan sesebuah negara. Ketuanan Melayu yang disebut-sebut sebenarnya merangkumi hak-hak keistimewaan orang Melayu, Raja-raja Melayu, Bahasa Melayu dan agama Islam.Perkara ini sebenarnya telah disepakati oleh perbagai kaum dalam 'kontrak sosial”.

Sejarah telah membuktikan Ketuanan Melayu ini telah menjadi perkara penting orang Melayu agar keistimewaan yang sememangnya miliknya tidak “diganggugugatkan” oleh sesiapa sahaja.Rakyat Malaysia arus peka dan memahami ketuanan Melayu, bukan hanya mahu menghuru-harakan lagi konsep ini, yang hanya mahu merosakkan perhubungan antara kaum yang sedia ada.

Perlembagaan Malaysia telah menetapkan perkara 152 (1) bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi, perkara 153 berkenaan keistimewaan orang Melayu dan bumiputra, fasal 3(1) agama Islam sebagai agama rasmi, dan fasal 32(1) Yang Dipertuan Agong sebagai ketua negara supaya tidak “dikhianati” oleh sesiapa sahaja. Sifat melakukan “penderhakaan' kepada negara seharusnya diambil tindakan keras agar masyarakat tahu bahawa perkara ini bukanlah perkara mainan.

Adakah benar nasib orang Cina dan India di Malaysia tidak terbela sehingga ahli politik sedang lantang menguar-uarkan hal ini?. Adakah juga kerajaan tidak mengambil berat isu agama-agama lain di negara ini? Dan adakah ini berpunca sifat monopoli orang Melayu di Malaysia. Perkara ini harus dijawap dengan hati yang jujur. Pertamanya, jika dilihat di luar negara jika dibangdingkan dengan Malaysia, bolehlah dikatakan Malaysia masih merupakan negara yang sentiasa menjaga kebajikan penduduknya tanpa mengira bangsa. Hal ini terdapatnya pelbagai inisiatif diberikan juga untuk bukan Melayu dalam Rancangan malaysia setiap tahun. Kerajaan juga prihatin dalam memberi dana dalam mendirikan pelbagai kemudahan tempat agama seperti pembinaan kuil bagi agama lain. Kebenaran orang Melayu memonopoli di Malaysia sama sekali tidak, hal ini kerana dalam bidang ekonomi masih dipegang oleh kaum Cina. Hal ini dapat dilihat dengan pelbagai indusri terbina dengan nama orang Cina dan mempunyai jaringan Dewan perniagaan Cina yang mempunyai jaringan dunia. Sedangkan orang Melayu masih”bertatih-tatih” dalam pengeluaran IKS di luar bandar. Adakah ini satu keadilan.

Nasib orang Melayu dalam bahasa Melayu juga masih samar-samar jika dibandingkan dengan kekuatan bahasa Cina dan India iaitu Mandarin dan Tamil yang telah menjadi jaringan di dunia. Manakala bahasa Melayu yang sudah termaktub dengan perkara 152, masih dipertikaian sama ada orang bukan Melayu, dan orang Melayu sendiri. Keperkasaan bahasa Melayu ini jika dibandingkan “bahasa rakannya” amat menyedihkan . Pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris dalam sains dan matematik sama sekali menjadi “tusukan bagi orang Melayu, masihkan orang Cina dan India memahami keseksaan apabila bahasa penduduk asal di Malaysia menjadi begini. Kita berharap bangsa Melayu dan bukan Melayu bermuafakat dalam kerelevanan salah satu ketuanan Melayu ini. Hal ini bukanlah menyalahkan orang bukan Melayu, namun segelintir sikap pemimpin bukan Melayu yang tidak tahu “ erti pendidikan sejarah”.

Dalam detik-detik kesusahan ini, orang Melayu tanpa mengira batasan politik seharusnya membentuk pakatan yang menjaga ketuanan Melayu yang saban tahun ingin “dimamah”. Pemimpin Melayu harus bermuhasabah bersama dengan tidak menunjukkan ego idealogi masing-masing. Janganlah apabila sudah berlakunya kesusahan, barulah membuat permuafakatan bersama. Sesungguhnya, ketuanan melayu masih relevan di Malaysia, sehingga ada nama Melayu di tanah Malaysia ini. Sikap mengungkit hal-hal keistimewaan Melayu dan bumiputra janganlah diperbesarkan, kerana kekhuatiran jika orang Melayu dan bumiputra yang mengungkit hal-hal orang bukan Melayu di masa lalu. Masa perpecahan perpaduan Malaysia harus diubati dengan memberi penerapan nilai murni. Maka ada benarlah bahawa kepentingan pendidikan sejarah dipelajari di semua lapisan masyarakat di Malaysia.
Khairul Zaim Mohd Shaari
Damansara Damai

Friday, November 28, 2008

Parti Politik Tanpa Orang Muda, akan Hancur !!!

senario politik di negara ini umpama "gunung Tua yang segan untuk meletup, yang tidak mengendahkan pokok-pokok MUDA yang menjaganya"...

Inilah senario di negara kita ini. parti politik orang Melayu seperti UMNO sudah kehilangan bisanya kerana barisan "perangnya" sudah meniti usia...namun tidak dinafikan tua mereka ada "isinya", namun seharusnya, kepimpinan muda harus diberi tumpuan..bukan hanya mengejar pangkat dan darjat..

nukilan ini bukan untuk menyindir parti politik, tetapi kita sudah nampak , ruang untuk memberi politik kepada orang muda ..seperti satu lagenda sahaja...

Sebagai contohnya, Jawatan( pgrsi) putera UMNO , GPMS, dan beberapa NGO MUDA perlu diperlihatkan dengan sebenar-benarnya "Muda", barulah mampu mengeluarkan "Bisa-bisa" kepada pihak lawan/ kawan... tindakan meminggirkannya, akan memberi peluang kepada pihak "petualang" mengambil kepimpinan muda ini...

Sayangilah pemimpin muda agar dapat membangunkan negara , agar berterusan kepimpinan akan datang...

Tuesday, November 25, 2008

Pendekar GAPENA Merdeka


Malam itu
Pondok kecil hatinya besar
Menghimpun pendekar berurat minda
Bicaranya merdeka ditegakkannya
Pendekar Ismail Hussein
Tonggak kepahlawanan GAPENA
Bicaranya mencabar seantero bangsa
Agar bersatu memartabatkan
Kedaulatan bangsanya yang satu
Melayu
Cerita diungkit disampai bayu merdeka
Tiupan gegar gempita disiul
Pahlawan Latiff
Mencirikan saf-saf baris himpunan bangsa yang satu
Setiap tuturkatanya
Umpama strategi memanah sang garuda
Yang ingin memusnahkan petualang negara bangsa
Bangsa yang satu
Melayu
Katanya kita harus begini
Dan katanya kita harus begitu
Acapkali hunusannya tepat mengena
Jiwa orang yang lupa pada bangsanya yang satu
Dialah pahlawan perkasa GAPENA
Pendekar Zainal Abidin Borhan
Laungannya menggigit seribu ketakutan
Naluri musuh bangsa yang satu
Melayu
Dalam asyik berbicara sekawan laksamana itu
Bertemu pendekar nan jujur hatinya
Itulah Pendekar Hashim Ismail
Jika ditanya mana hilangnya bangsa yang satu
Katanya bangsa dimata tiada hilang
Namun hilang dihati nurani
Seorang bangsa yang satu
melayu
Panji-panji merdeka itu
Tertulis sepotong ayat keramat
“Tahan! Juang !Wahai bangsaku yang satu !”
Diikat kemas dengan semangat kecintaan
Tanahair yang dipijaknya
Panji-panji keramat itu diangkat gagah
Pendekar zainal kling
Dinaik dijulang
Pendekar Tengku Alaudin
Senyum garangnya bisa melemahkan
Bangsa yang satu
Melayu
Dua hulubalang ini
umpama helang dilangit terbang perkasa
segala kerja utusannya
disampaikan hanya sekerdip kelipan mata
jiwanya mencanai buah fikir yang menari-nari
menunggu masa untuk ditangkap hulubalang ini
hulubalang Abdul Aziz namanya
hulubalang Zulkhari kawannya
membisik cerita
bangsa yang satu
Melayu
Sekawan Pendekar laksamana ini
Hanya berfikir hal bangsa yang merdeka
Anak merdeka bagaimana?
Sayangnya bagaimana?
Jiwanya bagaimana?
Merintih gundah anak bangsa yang satu
Bangkitlah pendekar merdeka ini
Bangunlah mengempitakan tujuh petala langit
Dan katakan pada bangsa ini
Usah dibuai mimpi yang tak pasti
Kutip kenangan hitam
Dan lihat kesengsaran pahlawan dahulu
Menperjuangkan hartanya,badannya,keluarganya, cintanya
Hanya kerna pada bangsa yang satu
Bangsa terjajah erti kemerdekaannya
Bangsa Melayu
Hasil nukilan..
Khairul Zaim Mohd Shaari
Timbalan Presiden Mahasiswa
Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya
16/8/2007

Sajak ini ilham apabila melihat gelagat tokoh GAPENA dirumah GAPENA membincangkan tentang percaturannya dalam hari kemerdekaan nanti. Penulis rasa bersemangat melihat tokoh tersebut membincangkan hal mengenai bangsa Melayu yang tidak merdeka dari hatinya.
Hati ini terharu apabila salah seorang dari tokoh tersebut menyuarakan mereka berjuang bukan atas nama wang ringgit tapi dasar rasa tanggungjawab seorang Melayu. Perjuang ini harus dicontohi oleh generasi muda. Seperti diri penulis.
Penulis yang berada di situ bersama kawannya yang terdiri rakan PBMUM berasa amat bertuah kerana masih dapat duduk semeja dengan tokoh seperti Tan Sri Prof. Emeritus Dato’ (Dr) Pendeta Haji Ismail Husein, Prof. Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar, Prof.Madya Datuk HJ Zainal Abidin Borhan, Prof Madya Dr Hashim Ismail, Dato Haji Tengku Alaudin Tengku Abdul Majid, Prof Datuk Dr Zainal Kling, dan tidak dilupakan saudara Abdul Aziz Mohd Ali serta Saudara Zulhairi Zainal.
Semoga semangat Tokoh-tokoh ini akan meresap dalam diri penulis ini..

MENDUNG BERMALAM


Mangu melayan jiwa ini
Yang dirundum kecelaruan hati
Sedaya kudrat melupainya
Tapi tak bisa melupainya
Walau kepastian menghampiri
Kedukaan ,ku tetap teguh
Di kecewakan
Di malap berair ini
Ku bongkar gobok geligaku
Ku ego,ku raja sombong,ku panglima cemburu,
dicintaiDirindui,dirantai
Oleh hati kecilku
Yang enggan bermesra
Dengan diriku
Mungkin
Epilog bertukar episod
Talkala dulu dibasahi kekecewaan
Yang melarat hingga mengganggu
Santun jiwaku
Sungguh erangan hati ini
Pabila sepi mengambil tawa
Metaforaku dahulu
Telaga kesetiaan
Musnah
Haruskah aku
Mengerti kembali
Pabila pesona cintaku
Ingin membuka lembaran baru
Walaupun takut di baham
Perasaan kekecewaan lagi
Haruskah ku mencuba ?
zaim...

Martabatkan bahasa Melayu dalam Sains dan Matematik


PANDANGAN Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Wacana Dilema Melayu anjuran Gapena di Kuala Lumpur baru-baru ini bahawa dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) patut diteruskan tidaklah memeranjatkan kerana beliaulah pencetus, pemutus dan pelaksananya. Beliau masih dengan sikap biasanya yang tidak sesekali berubah atau berpatah balik apabila membuat keputusan. Dalam laporan Bernama, Tun mengatakan bahawa PPSMI penting agar anak Melayu menguasai Sains dan Matematik dan sekali gus meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Ketika Tun membuat keputusan untuk melaksanakan PPSMI, tiada kajian dibuat menunjukkan bahawa kelemahan penguasaan Sains dan Matematik dalam kalangan pelajar Melayu (jika benar anak Melayu begitu lemah dalam kedua-dua subjek itu) disebabkan oleh pengajarannya dalam bahasa Melayu. Kita sebenarnya melahirkan ribuan sarjana dalam bidang sains dan teknologi yang berwibawa dan bertaraf antarabangsa melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan bahasa Melayu.
Tun menekankan bahawa bahasa Inggeris patut dijadikan bahasa penghantar Sains dan Matematik kerana bahan ilmu kedua-dua bidang itu banyak ditulis atau terbit dalam bahasa Inggeris. Fakta itu tidak cukup kuat untuk kerajaan mengetepikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar Sains dan Matematik kerana bahasa Inggeris itu sendiri asalnya hanya bahasa vernakular, bukan bahasa yang diturunkan dari langit sedia sempurna. Sebelum bahasa Inggeris menjadi bahasa besar, orang Eropah bergantung pada bahasa Latin dan Perancis dalam bidang ilmu, pentadbiran, undang-undang dan ekonomi. Demikianlah maka bahasa Melayu perlu diberi waktu untuk menjadi mantap sebagai bahasa ilmu, termasuk dalam bidang sains dan teknologi. Amat malang halnya apabila kita sendiri tidak mempunyai perancangan dan kesediaan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa sains dan teknologi, dan cukup sekadar puas hati menyaksikan bahasa Melayu menjadi bahasa percakapan, seperti yang dibanggakan Tun mengenai kebolehannya menggunakan bahasa Melayu walaupun belajar di sekolah Inggeris. Kita perlu membezakan taraf bahasa ilmu daripada bahasa perhubungan sehari-hari jika kita mengimpikan bahasa Melayu menjadi bahasa besar pada masa depan. Tentulah aib bagi bangsa Melayu yang berhasrat menjadi bangsa besar di dunia tetapi hanya memiliki bahasa perhubungan sehari-hari dan untuk hal ehwal ilmu dan budaya tinggi terpaksa menggunakan bahasa asing.
Hujah Tun bahawa bangsa Arab menjadi maju kerana mempelajari bahasa Greek untuk menguasai sains dan teknologi juga ternyata meleset. Mempelajari bahasa asing dan menggunakan bahasa asing untuk mengembangkan ilmu kepada masyarakat atau bangsa adalah dua hal yang sama sekali berbeza. Maka itu tidak ada pejuang bahasa manapun yang menolak hakikat pentingnya kita mempelajari dan menguasai bahasa asing sebagai jambatan ilmu dan tamadun. Namun, PPSMI bukan program pembelajaran bahasa asing, sebaliknya program pengembangan ilmu kepada bangsa kita dalam bahasa asing! Pada hakikatnya, orang Arab yang mempelajari dan menguasai bahasa Greek ialah sarjananya, sementara ilmu kepada masyarakat dan bangsanya dikembangkan dalam bahasa Arab. Hal yang sama dilakukan oleh Barat yang memperoleh pelbagai disiplin ilmu daripada sarjana Arab. Mereka mempelajari dan menguasai bahasa Arab untuk memindahkan ilmu dalam bahasa Arab ke dalam bahasa mereka sendiri. Oleh itu, Barat tidak menggunakan bahasa Arab untuk mengembangkan ilmu kepada bangsa mereka, tetapi sebaliknya menggunakan bahasa mereka sendiri. Itulah hakikat jalan sejarah perkembangan tamadun di dunia. Seluruh bangsa dan negara yang besar dan maju di dunia sekarang ini pun masih tetap memajukan bangsa dan negara mereka dalam bahasa masing-masing. Angkasawan kita yang ditumpangkan dalam Soyuz Russia pun terpaksa beberapa bulan mempelajari bahasa Rusia untuk mengikuti misi ke angkasa perlepas. Kekuatan bahasa Inggerisnya rupa-rupanya belum cukup melayakkan dia untuk diterima mengikuti misi itu!
Tun turut menggunakan contoh silap apabila mengatakan bahawa buku panduan atau manual telefon bersel yang dicetak dalam bahasa Inggeris oleh pengeluar menyebabkan ilmu Sains yang diajarkan dalam bahasa Melayu menjadi tidak berguna. Bukankah buku panduan itu dapat diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu atau pelajar kita yang diajar dengan baik bahasa Inggerisnya dapat memahami buku panduan dalam bahasa Inggeris itu. Mungkin Tun belum pernah melihat telefon bersel yang panduannya ditulis dalam bahasa Melayu pada perisian telefon itu sendiri! Sebagaimana pendukung PPSMI yang lain, Tun mengulang lagu lama bahawa penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik bukan langkah meminggirkan bahasa Melayu. Namun, dengan terang di hadapan mata kita bahawa apabila bahasa Melayu akan hanya berfungsi pada sekitar 40 peratus atau kurang di sekolah dan sekitar 30 peratus atau kurang di IPT, maka amat jelas bahawa bahasa Melayu memang terpinggir dan tidak berperanan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara, sebagaimana yang ditetapkan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1961 dan Akta Pendidikan 1996. Usahlah kita mengalami nasib 'Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'. Ingatlah juga kata orang tua-tua 'Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya'.

PROF DR AWANG SARIYAN, Penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia - China, Universiti Pengajian Asing Beijing. (berita harian)

Monday, November 24, 2008

kawn ku semasa menjawat jawatan MPMUM 2007/2008


Pengalaman menjadi YB Wakil Pelajar UM di mata APMUM

Tanggungjawab, itulah dalam hatiku semasa menjawat jawatan sebagai MPP...Teringat detik semasa pencalonan MPP, aku berlawan dengan kawan baik ku sendiri iaitu syuhaidi yang telah menjadi sahabat karibku, sepanjang aku dan dia berjanji mengambil major bahasa Melayu..dalam pertandingan itu, setidaknya aku pernah menangis kerana berhadapan dengan kawan ku sendiri, tetapi atas kehendak hati untuk berjuang dalam membangunkan APM, aku berlawanan kawanku sendiri yang mana Presiden ku sendiri.
Alhamdulillah, kemenangan ku telah direstui oleh Allah, dengan mendapat undian tertinggi di kawasan APM um..dengan calon ku seorang lagi iaitu faizal( mami).
setelah kemengan ini, aku tak tunggu lama dan membuat perancangan , alhamdullilah, aku berjaya menyelesai beberapa masalah, seperti surat khabar di pusat sumber APM, dan penaiktarafan surau,,,dan yang lebih penting ialah penaiktarafan jalan di tempat jalan kaki di tempat menunggu bas..(bersambung)

Wednesday, November 12, 2008

Tunjuk sebab kenapa kertas soalan mahu diterjemahkan ke bahasa lain


Satu titik hitam kepada bahasa kebangsaan ,apabila berlakunya kegemparan dengan pengumuman Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong, yang mengatakan kertas soalan lukisan peperiksaan SPM akan diterjemahkan ke bahasa Mandarin dan Tamil pada tahun ini, yang menurut beliau, pelajar di 65 Sekolah Menengah Cina di Melaka seakan “gempar” menerima kertas terbabit ekoran tidak memahami bahasa kebangsaan. Apa yang sudah berlaku dengan tahap pengajaran bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan di negara ini. Timbul detik pertanyaan adakah pengajaran bahasa Melayu sekadar mahu lulus sahaja dan adakah “masuk telinga kanan keluar telinga kiri”.

Perkara ini boleh dianggap satu tindakan yang kurang bijaksana apabila ianya membelakangkan ketinggian undang-undang seperti perkara 152 , Akta Pelajaran dan dua penyata “keramat” iaitu Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib. Kementerian Pelajaran harus menyelesaikan perkara ini agar dapat membetulkan keadaan ini , bukan hanya mahu mendengar kejayaan demi kejayaan anak bangsa “Malaysia” kita dalam UPSR,SPM dan STPM sahaja.

Sekolah Vernakular ini seharusnya dimantapkan lagi dengan mengambil kira tenaga pengajarnya dan kaedah pengajaran yang dilaksanakan di sekolah jenis kebangsaan ini. Perlu diingatkan Kementerian Pelajaran harus memastikan sedikit sebanyak silibus pengajaran di antara sekolah menengah kebangsaan dengan sekolah jenis kebangsaan perlu disamakan . Hal ini merujuk cara pelaksanaan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa kebangsaan di sekolah vernakular ini.

Satu perkara yang menjadi tanda tanya , adakah pelajar Melayu di sekolah vernakular juga menghadapi masalah yang sama dengan pelajar Cina dan India yang tidak memahami pembelajaran bahasa Kebangsaan.

Kertas soalan lukisan SPM ini adakah mempunyai “bahasa sainstifik” sehingga sangat sukar difahami oleh para pelajar kita ini. Perkara ini bukannya ingin menyalahkan para pelajar di sekolah vernakular ini, tetapi bagaimana pembawakan bahasa kebangsaan dalam pembelajaran di sekolah vernakular.

Isu ini seperti mengimbau kembali detik terpalit sejarah hitam bahasa kebangsaan , apabila bahasa Inggeris mengambil tempat dalam pengajaran Matematik dan Sains.Hal ini bukannya menidakkan bahasa Tamil dan Mandarin, tetapi keperluan semasa anak bangsa yang akan melanjutkan pelajaran lebih tinggi, yang mana menetapkan para pelajar mesti lulus bahasa Melayu bagi melanjutkan pelajaran di universiti amnya.

Kita berharap Kementerian Pelajaran dapat membendung permasalahan ini agar tidak berulang dan keputusan kementerian Pelajaran dalam isu ini seharusnya bersifat “menang-menang”, iaitu dari satu pihak, bahasa kebangsaan dalam pembelajaran terus maju ,dan di satu pihak yang lain dapat mengembangkan bahasa vernakular dalam kefahaman anak bangsa kita di sekolah jenis kebangsaan.

Khairul Zaim Mohd Shaari
Mantan Exco PBMUM 2006

Sunday, November 9, 2008

Terindah dari KU

Kawan Baik Ku EDY bersama sama membangunkan Akademi Pengajian Melayu UM
berlatih caklempong di negeri sembilan

seminar dadah ipta di perlis


kumpulan gabungan yang diketuai oleh saya dan afikah( MPP U pertahanan)



Majlis Perwakilan mahasiswa Universiti Malaya

2007/2008




Umno dan Pas perlu bermuafakat untuk Orang Melayu







Pemimpin Umno dan Pas digesa berganding bahu dalam merencanakan nasib orang Melayu dan Islam. Kerap kali kita diterjemahkan dengan isu rasuah oleh para politik Melayu sama ada kerajaan dan pembangkang.






Umno dan Pas perlu menjaga agama islam dengan sebenar-benarnya, dan menjaga hak orang Melayu dan Bumiputera. Jangan memikirkan hanya material dan pangkat sahaja.






Syor pinda akta elak bahasa kebangsaan mengemis di negara sendiri

ISU memperjuangkan bahasa kebangsaan di negara ini sering kali disalah erti oleh segelintir individu dan institusi. Pihak berkuasa sebagai badan penguatkuasa perlembagaan seperti 'acuh tidak acuh' dalam isu penguatkuasaan bahasa kebangsaan. Kedengaran beberapa individu yang menyuarakan kepentingan bahasa kebangsaan sering ditohmah sebagai 'seorang yang terlalu emosi'.

Adakah salah jika individu menyuarakan kepentingan bahasa agar bahasa kebangsaan? Nasib bahasa kebangsaan pada awal 1990-an , boleh dikira baik, jika dibandingkan pada tahun yang serba canggih kini. Kerajaan seharusnya menguatkuasakan dan meminda beberapa akta berkaitan bahasa kebangsaan seperti perkara 152, supaya menjadi lebih 'berkuasa' dan dapat dikuatkuasakan dengan lebih terancang.

Badan kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) harus diberi 'taring', supaya menguatkuasakan peraturan kebahasaan dalam negara ini. Jika dibanding zaman sebelum penggunaan bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik, bahasa kebangsaan menerima pengkayaan dalam aspek istilah, perkamusan, dan penerbitan buku bercorak sains dan teknologi. Namun, tempias yang dialami oleh bahasa kebangsaan disebabkan pengajaran subjek Inggeris dalam Sains dan Matematik. Bahasa kebangsaan sudah jauh mundur jika dibandingkan dengan negara yang menggunakan bahasanya sendiri, seperti di China, Jepun dan Korea, yang sudah berjaya membangunkan teknologi maklumat dan komunikasi berasaskan bahasa kebangsaan. Contohnya, Malaysia masih lemah dalam menyediakan perisian data berteknologi dengan menggunakan bahasa kebangsaan, jika dibanding dengan China dan Jepun yang ada perisian penulisan bahasa kebangsaan.

Langkah menyediakan cerdik pandai dalam hasil gabungan saintis teknologi maklumat dengan pakar bahasa kebangsaan, boleh memberikan hasil mengantarabangsakan bahasa Kebangsaan di dunia. Kegusaran paling ketara yang dibimbangi masyarakat dan pakar bahasa kebangsaan ialah peranan bahasa kebangsaan menjelang Wawasan 2020. Kerajaan dan masyarakat perlu memastikan bahasa kebangsaan dapat mengambil tanggungjawab sebagai bahasa ekonomi, bahasa komunikasi dua hala, bahasa pendidikan sekolah dan universiti, dan yang pentingnya dapat menjadi bahasa yang mampu bersaing dengan bahasa antarabangsa.

KHAIRUL ZAIM MOHD SHAARI, Damansara Damai.

Isnin, 10 November 2008

12 Zulkaedah 1429
Berita harian

Saturday, November 8, 2008

InsyaAllah, Pejuang Muda Melayu


hari konvokesyen ku


konvokesyen ku

Hotel wajar utama kemudahan surau

Hotel wajar utama kemudahan surau

HOTEL di Malaysia tumbuh bagai cendawan. Pelbagai negara di serata dunia memilih Malaysia kerana mempunyai tempat kemudahan yang dikatakan sebagai cemerlang dan mempunyai destinasi menarik. Hal ini diakui pelancong luar negara dan tidak ketinggalan pelancong tempatan.
Namun, saya kesal melihat hotel yang kurang memberi perhatian kepada surau. Boleh dikatakan hampir setiap hotel mempunyai surau, tetapi dalam keadaan menyedihkan kerana ia tidak dijaga dengan rapi. Memang di setiap bilik mempunyai penanda kiblat, tetapi kita harus memahami hasrat pelancong atau penyewa hotel yang ingin bersolat di surau. Kita tidak mahu pelancong ini memberi gambaran negatif selepas pulang ke negaranya dan ini membawa impak yang tidak baik.Satu perkara lagi yang merunsingkan ialah sistem lagu di dalam hotel atau berdekatan surau. Sebagai orang Islam, penumpuan dalam mengerjakan solat memerlukan ketenangan fikiran, seharusnya pihak pengurusan memastikan sistem lagu dalam hotel tidak dipasang dalam surau.Saya mengucapkan tahniah kepada hotel yang menyediakan kemudahan surau dengan baik.

Ubah Mentaliti Masyarakat Cara Menyambut Kemerdekaan Negara

Pada 31 Ogos 2008 ini, bererti sudah 51 tahun negara ini merdeka. Keperitan golongan terdahulu dalam membangunkan negara ini harus dikenang oleh semua lapisan masyarakat. Pelbagai pancaroba dalam mengekalkan kemerdekaan di tanah air ini.
Sambutan kemerdekaan pada setiap 31 Ogos yang disambut setiap tahun, merupakan satu mekanisme yang penting bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kemerdekaan Negara. Namun begitu, perkara yang ingin diutarakan mengenai rasa cinta pada Negara, haruslah mendapat beberapa landasan betul, khususnya remaja yang bakal membangunkan Negara ini.
Kerajaan seharusnya memikirkan pelbagai cara dalam memberikan kemerdekaan ini mendapat sebenar-benarnya erti kemerdekaan dan modal insan pada warganya. Sejak akhir ini, kita sering dijamukan dengan konsert para artis sebelum sambutan kemuncaknya iaitu jam 12.00 pagi. Kita berharap kerajaan dapat memastikan konsert yang dikatakan untuk kemerdekaan ini, bukan hanya menyanyikan lagu cinta sahaja, dan seharusnya menyampaikan lagu-lagu patriotik Negara.
Perkara yang merumitkan apabila detik-detik kemerdekaan ini ialah bergelimpangan remaja muda-mudi di pusatbandar Negara. Ibu bapa seharusnya memastikan anak-anak mendapat keizinan pergi ke pusat Bandar , khususnya di Bandar seperti Kuala Lumpur. Perkara ini buka untuk memperkecilkan tugas ibubapa, tetapi kita sedia maklum dengan gejala social di Bandar yang semakin membinbangkan . Cara yang paling baik ialah ibu bapa mengikut anak-anak dalam menyambut kemerdekaan ini.
Berdasarkan penyelidikan yang dibuat pada tahun lalu, perkara yang membimbangkan ialah remaja dan juga tidak kurang juga golongan dewasa melakukan perkara kurang sopan di pusat Bandar. Kondom-kondom bersepah di kawasan sambutan memberi gambaran bahawa adakah mereka faham erti kemerdekaan negara. Kerajaan harus mengambil iktibar ini agar daya kefahaman kemerdekaan bukan hanya pergi menyambut di Bandar-bandar.
Siaran televisyen di negara ini juga kurang memperlihatkan unsur patriotik kepada Negara. Perkara yang memeningkan juga ialah apabila drama-drama kemerdekaan tidak memperlihatkan erti kemerdekaan negara, yang ada hanyalah drama-drama menarik sempena bulan merdeka. Kisah-kisah pejuang negara harus ditonjolkan kepada penonton, bukan hanya memperlihatkan cerita – cerita barat yang menarik sempena kemerdekaan ini. Pihak media sama ada kerajaan dan swasta harus memperlihatkan erti sebenar-benarnya kemerdekaan kepada masyarakat, kita tidak mahu media yang diutarakan ini hanya mengejar rating sahaja. Harapan yang menggunung kepada pihak media di Negara ini, kurangkanlah menonjolkan cerita-cerita barat sempena bulan kemerdekaan ini.
Sambutan yang baik haruslah disemai disemua pering sama ada di sekolah, universiti, badan agensi kerajaan, dan juga swasta. Bendera jalur gemilang haruslah diletakkan disetiap tempat bagi memperlihatkan kita benar-benar menyambut kemerdekaan Negara. Pihak sekolah dan universiti boleh memanggil tokoh pejuang terdahulu dalam memberi nasihat dan liku-liku yang dihadapinya ketika mempertahankan Negara ini. dengan adanya program seperti ini, anak-anak generasi kini dapat mengetahui bahawa merdeka itu bukan hanya pada kata-kata, tetapi usaha mempertahankannya.
Pusat- pusat beli-belah juga harus memberikan suasana kemerdekaan pada pengunjungnya. Kita tidak mahu pusat beli belah ini hanya mengejar keuntungan sahaja dengan menggunakan bulan kemerdekaan ini sebagai satu jana keuntungan sahaja. Seharusnya, pengusaha pusat beli belah ini menyiarkan lagu-lagu patriotik negara pada pengunjung, dengan ini sekurang- kuangnya terdetik juga rasa hati sayangkan kepada Negara.
Khairul Zaim Mohd Shaari
Kampong Gajah, Perak

Perkasakan kembali BM sebagai bahasa Intelek Negara

Perkasakan Kembali BM Sebagai Bahasa Intelek Negara

Kegemilangan Bahasa Melayu era Kesultanan Melaka menjadi detik-detik manis apabila sejarah bahasa ini telah berjaya menjadi lingua franca bagi kepulauan Melayu. Kerajaan – kerajaan kepulauan Melayu seperti Melaka telah terbukti dengan menjadi pusat pengetahuan dalam penyebarkan bahasa Melayu . Hal ini terbukti , bahasa Melayu sebagai bahasa yang digunakan dalam perdagangan di kawasan maritim yang dikunjungi pedagang barat, India, Arab dan China. Pedagang mempelajari bahasa Melayu ini sebagai medium komunikasi dua hala dalam urusan jual beli.

Kegemilangan bahasa yang antara kelima mojoriti terpenting di dunia ini tersebar luas di beberapa bahagian dunia denagn aliran rumpun seperti di Nusantara, Hawaii, Kepulauan Fiji, Kepulauan Marianna, yang mana telah menjadi rumpun dalam bahasa Austronesia. Hal ini dapat diperlihatkan dengan beberapa peristilahan dan lenggok ragam bahasa yang mempunyai rias bahasa Melayu sejagat.

Perkembangan Bahasa Melayu di Malaysia ini, jika dilihat secara umumnya bolehlah dikatakan berjaya dalam keilmuan kebahasaan dan kesusteraan sahaja. Hal demikian kerana bahasa Melayu ini telah mendapat tempias dengan kewujudan PPSMI ( Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris). Bagaimana pula dengan kejayaan bahasa Kebangsaan dalam Sains dan Teknologi ? Adakah mencapai kejayaan seperti negara barat seperti Belanda, Peranci atau di Jepun dan China.

Sudah tiba masanya kerajaan menjenamakan semula bahasa Kebangsaan ini sebagai bahasa Intelek negara. Janganlah terpengaruh dengan melihat acuan barat, sambil sedikit demi sedikit menghakis keperkasaan bahasa Kebangsaan. Bahasa Kebangsaan telah mengalami kepupusan minda apabila peristilahan bahasa Kebangsaaan dalam sains sudah meniti zaman kegelapan. Penerbitan buku- buku bercorak sains untuk pelajar dan pembaca umum juga mendapat nasib yang sama.

Kebimbangan Ibu bapa dalam soal PPSMI tidak dapat diselindung lagi apabila terdapatnya peratusan penurunan markah dalam subjek sains dan matematik. Kebimbangan ibu bapa ini ditambahkan lagi dengan peratus penurunan di luar bandar yang banyak menggagalkan pelajar sama ada pelajar rendah ataupun menengah. Kerajaan haruslah bertanggungjawab dengan isu ini, dan perlulah mendapat persetujuan bersama dengan tokoh bahasa dan juga NGO bahasa.
Parti UMNO yang merupakan parti Melayu terbesar di negara ini haruslah memikirkan kembali dalam asas perjuangannya dahulu iaitu mengekalkan kegemilangan bahasa kebangsaan yang mana menjadi tunjang dalam perlembagaan UMNO. Hal ini dapat dilihat dalam ( perkara 3.5 Menjamin Kedudukan Kebangsaan, Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi tunggal. UMNO yang menjadi tunjang dalam kerajaan harus bermuhasabah dalam memikirkan kembali janji keramat ikrar mereka dalam menjaga kesucian pelembagaan UMNO dan lebih besar lagi perlembagaan negara iaitu berkenaan kesucian bahasa kebangsaan.

Kerajaan perlu memberi penekanan kembali dalam pemupukan bahasa kebangsaan selepas beberapa kejadian yang mencalar bahasa kebangsaan seperti tanda jalan dalam bahasa selain bahasa kebangsaan yang banyak di negara ini. Kerajaan harus tegas dalam menghukum pesalah ini sama ada dalam awam ataupun swasta. Masa depan bahasa kebangsaan masih samar, walaupun menjadi bahasa mojoriti negara ini.

Gedung ilmu di IPT juga sudah jauh tersasar dalam mempraktikkan bahasa kebangsaan dalam pelbagai jenis ilmu, hal ini dapat dilihat dengan kekurangan buku dalam bahasa kebangsaan untuk dijadikan rujukan mahasiswa. Terdapat juga kain rentang untuk iklan dalam universiti dalam BI yang banyak seperti sudah mengabaikan kewujudan bahasa kebangsaan. Minggu bahasa dan sastera di peringkat universiti boleh dikatakan seperti tidak wujud apabila peruntukan yang kecil diberikan oleh pengurusan universiti. Hal ini berlainan dengan seminar- seminar BI yang mendapat peruntukan besar oleh pengurusan universiti.

Seharusnya, kita mewajibkan mahasiswa luar negara yang menuntut di negara kita ini mempelajari bahasa kebangsaan. Hal ini dapat menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa intelek. Perkara ini bukan untuk menyusahkan mereka tetapi menyenangkan mereka dalam bertutur dalam komuniti Malaysia , di samping mempelbagaikan kebahasaan mahasiswa asing di negara ini. Kerajaan janganlah bimbang dengan ketidakberjayaan dalam pengajaran bahasa kebangsaan ini terhadap mahasiswa asing, kerana kebimbangan ini tidaklah serumit dengan kebimbangan pelajar kita di Malaysia yang akan rosak dalam “bahasa rojak” atau “bahasa separuh ular dan separuh belut” ini.

Kejujuran dalam nukilan ini bukannya hendak menjatuhkan BI di negara ini, tetapi sudah cukuplah BI sebagai bahasa untuk dipelajari, bukannya untuk bahasa untuk diperkasakan . Perkara yang menjadi tanda tanya bagi kita ialah bahasa apakah yang akan digunakan pada zaman 2020? Adakah bahasa kebangsaan lagi? Semua ini perlu dijawap oleh pihak yang bertanggungjawab, agar anak bangsa kita akan dapat melihat bahasa kebangsaan sebagai bahasa yang berkuasa di negaranya sendiri dengan kecemerlangannya dalam sains dan teknologi, sebagai mana negara China mempunyai perisian komputer dalam bahasa China, tetapi negara kita ini, bila lagi hendak menuju ke arah tersebut.Tunggu dan terus menunggu.

-Khairul Zaim Mohd Shaari
Mantan Timbalan Presiden Mahasiswa
Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya
2006/2007

Silat Melayu

Wajar Wajibkan Subjek Seni mempertahankan Diri di IPT

Dahulu, seni mempertahankan diri digunakan bagi tujuan peperangan dalam mengawal keamanan Negara. Hal ini dapat dilihat menerusi kerajaan Melayu Melaka iaitu Seni Silat Melayu dalam mengekang kuasa penjajah. Namun, semua itu hanya dapat diketahui dalam buku-buku lama dan juga generasi pesilat.

Perkara yang ingin diutarakan di sini, tentang mewajibkan seni mempertahankan diri sebagai subjek penting dalam IPT di Negara ini. Sebagaimana yang kita ketahui, IPT merupakan aset penting Negara dalam semua lapangan ilmu. Seharusnya, subjek seni mempertahankan diri diajar bagi pengetahuan anak bangsa masa akan datang. Seni mempertahankan diri ini, bukan hanya merujuk silat sahaja , tetapi seni Silambam, Wushu, dan seni pertahankan diri yang lain. Kita harus mengetahui seni pertahankan diri ini jika tidak diajar secara teori dan amalinya di IPT dan juga tidak ketinggalan di sekolah, akan memberikan gambaran bahawa permartabatkan seni pertahankan diri di kalangan generasi muda tidak akan berjaya.

IPT juga harus menyahut seruan dalam mengadakan penyelidikan seni silat Negara untuk dipertontonkan di luar negara. Sebagai contohnya, saya merupakan salah seorang mahasiswa dalam program pertukaran mahasiswa antara Akademi pengajian Melayu Universiti Malaya dengan Beijing Foreign Studies University(BFSU), China yang lalu Dalam satu Persembahan Kebudayaan Melayu di BFSU, saya dan rakan –rakan telah mempamerkan seni silat di kalangan Mahasiswa BFSU. Apa yang menariknya, mahasiswa BFSU bukan hanya bangsa China, tetapi terdapatnya mahasiswa dari Rusia, Jepun, dan Korea menonton seni silat yang kami persembahkan.

Mahasiswa tersebut boleh dikatakan terkejut melihat kehalusan lenggok seni yang kami persembahkan. Kata mahasiswa tersebut, inilah pertama kali mereka melihat seni silat Melayu ini dan sangat berminat dalam mempelajarinya. Hinggakan semasa kami membuat persembahan silat, kami dapat melihat di hadapan pentas tetamu juga sedang cuba mengikut gerak laku kami. Bayangkanlah jika, pusat pengajaran silat terdapat di IPT luar negara dan dipelajari oleh mahasiswa IPT luar Negara.

Jika diperhatikan di BFSU dan IPT China yang lain, Taichi merupakan seni mempertahankan diri yang wajib dipelajari oleh mahasiswa Negara China. Hal ini menunjukkan kerajaan China mempunyai tekad dalam melihat seni Taichi itu terus dipelajari di samping memberikan satu langkah kesihatan kepada rakyatnya. Perkara yang lebih penting, seni Taichi itu tidak akan ditelan oleh zaman , kerana kebijaksanaan kerajaan China. Hal ini harus dicontohi oleh Malaysia.
Jika langkah mewajibkan Seni mempertahankan diri ini berjaya, bayangkanlah kes-kes permasalahan bagi generasi muda akan berkurangan.

Tambahan itu, kes ragut di kalangan mahasiswa dan pelajar sekolah juga boleh dapat diatasi dengan mereka dapat menggunakan kebijaksanaan dengan menggunakan seni pertahankann diri sebagai benteng terakhir untuk diri mereka sendiri.

Sedia maklum, seni mempertahankan diri amat mementingkan disiplin, dengan terdidiknya disiplin kepada mahasiswa , kes-kes permasalahan seperti budaya lepak, merempit dan sebagainya dapat dicegah. Hal ini bertepatan dengan kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam satu Majlis Perasmian Mesyuarat Sektor Kejurulatihan ke 34 PSSLM, beliau mengatakan rakyat sedang berada dalam zaman globalisasi yang boleh memberi tamparan hebat dalam percambahan akhlak dalam mengekang kes sosial.

Kita berharap dengan kerajaan cuba mewajibkan seni mempertahankan diri sebagai subjek di IPT, dapat membantu dalam menjadikan mahasiswa berdisiplin dan berdaya saing dalam memasuki zaman maju di masa hadapan.

Khairul Zaim Mohd Shaari

perkataan 'mantan" dan "bekas" dalam aspek kesantunan

Perkataan “mantan” dan “bekas” dalam aspek kesantunan

Sejak kebelakangan ini, seringkali kedengaran kita menggunakan perkataan secara membutatuli tanpa mengetahui makna sesuatu maksud ayat tersebut. Tidak terkecuali kita tersilap dengan menggunakan perkataan yang tidak mempunyai nilai kesantunan dalam sesuatu status masyarakat. Contohnya, kita kerapkali menggunakan perkataan “bekas” berbanding menggunakan perkataan “mantan”.

Kita harus mengetahui khalayak yang sedang berhadapan dengan kita , dan barulah kita menilai kesesuaian perkataan “bekas” dan “mantan” terhadap seseorang itu.
Jika seseorang itu mempunyai pangkat, status dan sifat ketokohan yang tinggi elok kita menggunakan perkataan “mantan” dari menggunakan perkataan “bekas”. Sebagai contohnya, Tun Dr Mahadtdir Muhammad merupakan mantan Perdana Menteri yang keempat. Penggunaan perkataan “mantan” lebih mendatangkan nilai kesantunan daripada kita menggunakan perkataan “bekas”.

Perkataan “bekas” memang menjadi kebiasaan kita menggunakannya, tetapi kita harus bijak menentukannya. Sebagai contohnya, dalam majlis formal sering kita mendengari pengacara majlis menggunakan perkataan “bekas” dan “mantan” dalam menyebut nama jemputan. kesilapan yang sedikit boleh mengundang kemarahan dan buah mulut hadirin. Oleh itu, masyarakat amnya harus bijak memilih perkataan tersebut. Budi bahasa budaya kita.

SEKELUMIT KENANGAN SECEBIS PENGALAMAN BERADA DI BEIJING





SEKELUMIT KENANGAN SECEBIS PENGALAMAN BERADA DI BEIJING


NUKILAN



KHAIRUL ZAIM BIN MOHD SHAARI




PENGENALAN



“Sekelumit kenangan secebis pengalaman”, itulah bahasa indah yang saya dapat ungkapkan apabila dapat menjejak kaki di Tanah Besar, China. Program Pertukaran Mahasiswa antara Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (Malaysia) dengan Beijing Foreign Studies University(China), telah membawa satu pengalaman baru pada kedua-dua universiti ini. Seramai 45 orang mahasiswa APMUM telah dihantar ke BFSU untuk mempelajari bahasa Mandarin dan Kebudayaan China. Program ini diadakan pada 15 Mei 2008 hingga 30 Jun 2008. Pelbagai ceritera ingin saya sampaikan tentang kedatangan saya dan rakan-rakan sepeninggalan di Beijing.





PERASAAN MENJANGKAUI MATA MEMANDANG





Setibanya saya di Lapangan Terbang China iaitu pada 15 Mei 2008, perasaan gugup di dalam kapal terbang mulai berkurangan. Perasaan yang ingin dikhabari ialah tubuh saya ini sudah sampai di “ Bumi Sutera”. Sejenak berfikir hati ini, ketika waktu persekolahan, guru kerap kali mengatakan “ tuntutlah ilmu hingga ke negeri China”, hati ini sayu pabila mengigatkan kembali. Ingatan guru telah memberi sekelumit semangat juang untuk memastikan apabila pulang ke Malaysia, segunung pengetahuan dapat diterjemahkan dalam bentuk ingatan yang indah.
Semasa di dalam kapal terbang MAS, saya sempat menukilankan sebuah sajak , sedang rakan-rakan yang lain di buai mimpi seketika.




Terbang Membawa Harapan
Kaki kumelangkah longlai
Hatiku mekar menguntum harapan
membawa sinar cita-cita
hasrat nan pengalaman
Di bumi asing ini
Kubuktikan pemergianku
Bukan sekadar hukum alam


Namun
Ingin sekali
Kumenghayati detik demi detik
Yang bakal bernama
kenangan
Diriku
Menerawang ke angkasa
Mencari persinggahan
Bernama harapan


SEJUKKU TANPA SALJU



Setibanya di BFSU, perkara yang bermain-main dalam hati ini ialah tentang cuaca di Beijing ini. Mengikut pemberitahuan rakan dari BFSU ini, cuaca yang sedang dihadapi ini merupakan musim bunga. Tambahnya lagi, musim bunga ini sebelumnya ialah musim sejuk, hal ini yang membuatkan cuaca ini masih sejuk. Saya merasa nyaman apabila musim bunga ini dapat saya lihat sendiri. Tetapi, perkara yang membuatkan hati saya berdebar ialah tentang baju sejuk saya hanya ada satu helai sahaja. Inilah kali pertama saya dapat merasai cuaca yang dingin dan kering . Pernah sekali saya bermain bola keranjang dengan Pelajar Malaysia di padang, saya merasakan saya tak dapat menyesuaikan diri.



Dalam beberapa hari kemudian, cuaca berubah , kerana akan memasuki musim panas. Tetapi yang menariknya, cuaca panas di Beijing ini tidak seperti di Malaysia yang panas sekali. Kampus yang saya duduki ini, banyak dilihat bunga Ros dan bunga yang tak pernah dilihat oleh saya.


TEMAN UMPAMA SATU KELUARGA



Mengimbas kembali, detik bertungkus lumus dalam merealisasi program ke Beijing ini, pelbagai cabaran yang menimpa saya dan rakan-rakan. Jika saya terikat dengan Majlis Perwakilan Mahasiswa UM dan urusan APM, saya terpaksa sedaya upaya menunjukkan bahawa “kita boleh melakukannya”. Kejayaan ke Beijing ini bukannya kejayaan yang senang diperolehi.



Pelbagai kesusahan seperti kekurangan wang ahli yang lain dan kurangnya pengalaman menguruskan urusan tiket kapal terbang. Tetapi, dengan berkat kawan-kawan yang berada di belakang dalam projek ini, saya sentiasa berasa kesusahan ini bukanlah dikongsi sendirian.
Pernah satu ketika, Allah sedang menguji Majlis Tertinggi iaitu saya, Edy, Nailah dan Wani, apa bila bermacam perkara menimpa kami dan kami mesti terus kuat agar adik-adik dalam projek ini tahu projek ini mesti berjaya. Satu yang tak diduga dalam hidup saya dan MT ialah boleh dikatakan datuk saya , Edy , dan wani telah meninggal dunia, yang peliknya “kenapa kami”.




Kami tidak boleh balik ke kampong kerana jika kami balik projek ini mungkin akan tertangguh urusan penting. Kebetulan pula, Wani dan Nailah telah masuk Hospital kerana sakit yang tak mahu diberitahu. Tetapi dengan semangat kekeluargaan yang ada dalam kumpulan kami, perkara ini kami anggap “pejam sebelah mata” , walaupun dalam hati sudah menangis.
Tentang Mahasiswa tahun 1,2, dan 3 yang mengikuti program pertukaran ini, memang tidak dinafikan pada mulanya bermacam karenah seperti tiada rasa hormat, tidak menjalankan tugasan , dan selalu tidak hadir di mesyuarat penting, tetapi semuanya berubah apabila kami sampai di BFSU , Beijing.



Sesampainya saya dan rakan-rakan di BFSU, kami telah berjanji akan “hidup semati” walaupun berada dalam kesusahan. Jika kekurangan kewangan , kami telah berjanji untuk sama-sama tak makan. Saya selaku Timbalan Pengarah Projek selalu bertindak menjadi “abang kandung “ dalam mendengar segala rintihan adik-adik yang mengikuti program ini. Kadang – kadang pernah saya terfikir, jika adik-adik selalu bermanja dengan saya , saya pula ingin mengadu dengan sesiapa( ketawa sendirian).


KUHARAP KAN BERJAYA



Kedatangan kami di sini, bukan hanya mempelajari bahasa Mandarin tetapi pelbagai perkara kami rancang. Rancangan yang seang cuba kami lakukan ialah Menjalankan kajian dalam skop seperti:-



Tentang penubuhan jurusan Bahasa Melayu di BFSU.
Perbandingan pemartabatan bahasa Melayu dengan bahasa China.
Perbandingan Sistem Panggilan Masyarakat Melayu Dengan Masyarakat China.
Perbandingan Vokal Melayu Dengan Mandarin.
Perbandingan Seni Bina Masjid Ubudiyyah ( Malaysia) dengan Masjid Nuiji (China).
Perbandingan Menora dengan Opera.
Pemikiran Pak Pandir Dalam Masyakat Melayu Dengan Masyarakat China .
Perbandingan Sistem Kekeluargaan Masyarakat Melayu Dengan Masyarakat China.
Cara Hidup Pelajar Malaysia di BFSU.



Selain penyelidikan yang kami lakukan, kami juga merancang mengadakan persembahan kebudayaan Melayudi BFSU. Sebagai mana yang kita ketahui, BFSU terkenal dengan kemajmukan pelbagai Negara seperti China , Rusia, Jepun, dan Korea. Oleh itu, satu kemestian kami melakukan satu persembahan yang dapat memukau mahasiswa BFSU.
Saya dan rakan-rakan yang lain telah merancang beberapa acara untuk memeriahkan malam kebudayaan tersebut. Antaranya:-


Tarian Canggung.
Silat
Tarian Rakyat
Deklamasi Puisi
Tarian joget
Nyanyian solo
Tarian Endang
Rasa Sayang
Nyanyian ( Peng You)
Nyanyian (Jalinan)



Pada setiap hari jumaat, sabtu, dan ahad, kami akan mengadakan latihan kebudayaan. Menariknya di sini, kami tidak mempunyai jurulatih , tetapi kami mempunyai rakan-rakan kami yang pandai dalam mengajar tarian dan silat. Pada setiap latihan, saya sentiasa berharap persembahan kebudayaan yang julung kali diadakan ini, menjadi kenyataan dan berjaya.


MENUNTUT ILMU BIARLAH SAMPAI KE NEGERI CHINA


‘Cikgu ! Saya sudah sampai ke negeri China.”, itulah saya perkataan saya sesampainya di Beijing. Disebalik ayat ini, ilmu pengetahuan yang tersimpul. Saya dan rakan – rakan telah diajar dengan beberapa pengenalan bahasa Madarin. Kursus bahasa Mandarin ini boleh dilihat melalui skopnya. Antaranya:-
Lisan ( Cikgu Johan & Sofea)
Tulisan( Prof zhou)
Pendengaran( Cikgu Arif)
Pemahaman( Cikgu Suria & Adibah)
Keadaan Umum China( Prof Wu)
Latihan Taichi ( Sifu Dong)


Bahasa mandarin ini, pada mulanya merasakan sangat susah dan menimbulkan kepelikan pada kami yang mempelajarinya. Tetapi sesudah hampair sebulan kami mempelajarinya, beberapa dialog dan tulisan dapat kami fahami. Sebalik kejayaan dalam mempelajari bahasa Mandarin ini, peranan tenaga pengajar amatlah berguna. Guru yang mengajar disini telah menggunakan penterjemahan dalam bahasa Melayu dengan bahasa Mandarin. Peperiksaan telah saya duduki dan keputusan yang saya perolehi amatlah baik dengan lulus semua mata pelajaran dengan cemerlang. Kejayaan ini semuanya usaha guru-guru yang mengajar saya.


PENJAGAKU YANG TERSAYANG


Disebalik kejayaan kami di BFSU ini, orang yang bertungkus lumus membawa kami ialah Profesor Wu Zong Yu. Prof Wu ini telah saya anggap sebagai bapa angkat kami di Beijing, China ini. pelbagai usaha telah dirancangnya untuk keselesaan kami, seperti penginapan, makanan, dan lawatan.


Prof Wu ini sangat disenangi oleh rakan-rakan yang lain kerana sikapnya mudah menolong walaupun sekelumit pertolongan. Pernah sekali saya bertanya kepadanya, ‘ Prof terima kasih kerana menolong kami”, tetapi bingkasnya” tak mengapa, jika ada lagi beritahu sama saya”. Setelah mendengar percakapan seperti itu, saya merasakan orang Beijing sangat ramah-tamah.
Jika Prof Wu menjadi bapa pertama kami, bapa kedua pula ialah Profesor Awang Sariyan. Beliaulah yang menjadi mata-mata kami kepada Pengarah APM. Segala persiapan kami dalam apa sekalipun sering ditanya oleh beliau. Perkara yang menarik tentang Prof ialah semasa ke masjid untuk menunaikan solat. Prof Awang yang menjadi pemandu arah dan keterangan kepada kami. Saya merasakan disebalik sikapnya yang sentiasa seperti pendiam, timbul rasa menjadi pelindung. Mungkin itulah harus ada pada setiap seorang bapa. Fikiranku mengatakan diri ini masih belum standing dengan sikapnya. Apa pun dialah salah satu tokoh bahasa yang ku minati.



Prof Zhou pula, saya membayangkannya sebagai seorang ibu yang sanagat memanjakan anak-anaknya. Mana tidaknya, setiap kali beliau menyuruh kami menulis tulisan China, beliau sering menggunakan perkataan yang sangat manja kepada kami. Sehinggakan, kami sering memanggilnya di dalam kelas untuk membantu kami, tetapi niat kami hanya untuk bermanja dengan beliau. Beliau pula, tanpa banyak soal terus berjumpa kami. Oleh itu, kami menggelarnya sebagai bonda kami.



Cikgu Adibah merupakan orang yang saya kenal semenjak di APM lagi. Orangnya sangat mengambil berat dalam kegiatan kami. beliau sering berjumpa saya untuk bertanya jika saya dan rakan-rakan mempunyai masalah. Saya menganggapnya sebagai kakak sulung kami kerana skap ambil tahunya telah menimbulkan satu kemesraan adik-beradik dalam hati kami. Beliau telah menjadi pengajar dalam kursus pemahaman mandarin.



Orangnya cantik berbudi bahasa pula itulah dia Cikgu Sofea. Cikgu Sofea mengajar kami tentang lisan Mandarin. Beliau juga selalu mengajar kami menyanyi. Saya dan rakan-rakan sangat terhibur dengan lagu-lagu yang dimainkannya. Cikgu Sofea juga sangat pandai dalam kesenian , oleh itu beliau sering kali menjadi rujukan kami.



Cikgu Suria pula ialah seorang guru yang mengajar kami tentang pemahaman Mandarin. Perwatakkannya seperti garang, tetapi sangat baik orangnya. Beliau selalu melemparkan senyuman pada kami di dalam kelas. Cuma yang mengejutkan kami, rupa-rupanya, beliau alah Timbalan Dekan Fakulti Bahasa Asian dan Afrika, BFSU.



Orangnya gigih lagi pintar bagi kami. Orangnya ialah Cikgu Johan. Cikgu Johan merupakan tenaga pengajar bagi lisan Mandarin. Di dalam kelas, cara beliau mengajar kami sangat menyeronokkan kerana kelincahannya mengajar kami sangat berlainan jika di bandingkan dengan system pengajaran di Malaysia. Beliau sering menyuruh saya menjawab setiap soalan yang diutarakan.



Cikgu yang sering membuat lawak di dalam kelas ialah Cikgu Arif. Orangnya sangat peramah dan jika pelajar perempuan kami sering menggelarnya sebagai “Cikgu Comel”. Beliau telah bertindak sebagai tenaga pengajar bagi pendengaran mandarin.
Sedikit kelainan dalam pengajaran kami di sini ialah dengan adanya pembelajaran seni Taichi. Tenaga pengajar yang membembing kami ialah Sifu Dong. Setiap hari rabu, kami akan ke sebuah taman dan mempelajari seni daripadanya. Gelagatnya sangat digemari oleh kami kerana cuba memahamkan kami apa yang dituturkannya, walaupun beliau tak memahami apa yang kami katakan. Usia beliau boleh dianggap sebagai datuk. Kami menggelarnya sebagai datuk kami.



Sedikit Istimewa di sini ialah denagn penjaga kami yang masih belajar. Orangnya ialah Musa. Musa merupakan pelajar tahun 3 jurusan bahasa Melayu BFSU. Geli hati kami melihat gelagatnya semasa menutur dengan kami dengan menggunakan bahasa Melayu. Dia sering berjumpa dengan saya untuk memberitahu tentang perkara baru supaya disampaikan kepada rakan yang lain.



WEN JIE NAMA CINAKU



Satu kemestian kepada pelajar asing yang belajar di BFSU akan diberikan nama-nama China. Saya tidak terkecuali dengan mendapat nama baru saya. Nama baru saya ini telah diberkan oleh Profesor Zhou. Disebalik nama ini katanya, mencirikan seorang yang berpengaetahuan dan selalu diertikan cendiakawan. Saya tersenyum mendengar penerangan nama saya itu. Semua delegasi saya ini mendapat nama China.


ANJING DENGAN KUCING



Perumpamaan ini bolehlah dikatakan kepada kami apabila sering berlumba-lumba dalam pelajaran. Sebenarnya, kami telah diberikan pecahan kelas menjadi dua kelas. Kelas itu bolehlah dinamakan sebagai kelas A dengan kelas B. Saya terdiri dari kelas A. Rakan-rakan dari kelas b sering mengusik kami, mengatakan mereka lebih hebat. Ini menunjukkan keakraban masih tersimpul rapat, walaupun kadang-kadang ada “duri tercucuk”.


KAWAN BARU SENEGARA



Teringat saya pada waktu ketibaan kami di tempat penginapan. Orang yang menyambutnya ialah sekumpulan pelajar Malaysia. Di rias wajah mereka, terlintas kerinduan mahu berjumpa dengan orangnya senegara. Sahabat baru bagi kami. Kami telah dikenalkan dengan mereka. Nama mereka ialah Haris, Gan, Su, Nadia, Hani, shaf, Liza, Farah, Magdelene, dan Nitiya. Mereka sering membantu kami membeli makanan dan barangan halal di Beijing.


HARI KELUARGA MALAYSIA



Satu perkara yang menarik tidak pernah dibuat oleh kami ialah dengan mengumpul seberapa rakan senegara dengan mengadakan beberapa aktiviti bersama. Kami telah menjalankan beberapa acara sukan bagi mengeratkan tali siratulrahim. Saya selaku MT telah menyuruh beberapa fasilitator di kalangan kami , untuk menjadikan acara bertambah menarik.
Acara yang menarik ialah nyanyian lagu NEGARAKU. Saya sungguh terharu dengan lagu itu kerana perasaan rindu terhadap Malaysia. Barulah saya mengetahui lagu ini memberi semangat kepada saya dan rakan-rakan senegara.Bendera Malaysia dan Perak merupakan kepunyaan saya, kerana sudah semestinya tabiat saya membawanya ke mana-mana. Rombongan kami memang tiada langsung bendera, mungkin kebetulan saya ada, dan menggunakannya dalam acara rasmi.


KEPUTERAAN YANG DIPERTUAN AGONG



Pada hari keputeraan YDPA, kami telah dijemput oleh Kedutaan Malaysia untuk mengadakan beberapa persembahan. Jemputan ini juga meraikan YDPA dan menhimpunkan warga Malaysia di Beijing, China. Kami telah mempersembahkan dua tarian iaitu Tarian Joget dan Tarian Canggung. Hadirin sangat teruja dengan persembahan yang kami lakukan. Acara terakhir ialah sesi bergambar.





CANTIK SEUMPAMA PELANGI



Kedatangan kami di Beijing ini, sudah diatur dengan beberapa lawatan ke tempat yang menarik. Perasaan saya waktu itu sangat gembira dan tertunggu-tunggu. Antara tempatnya ialah Tembok Besar China, Taman Yihe( Summer Palace), Muzium Ibu Negar, Dataran tian An Men, kota Larangan, Taman Budaya berbilang Kaum, dan Masjid Nuiji.
Summer Palace



Lawatan pertama yang saya pergi ialah ke Summer Palace. Mengikut sejarah ianya dibina pada 1728. Mengikut pemandu pelancong, Taman Yihe ini boleh dikatakan 7 kali ganda keluasannya dengan BFSU. Taman Yihe juga mempunyai tasik yang besar. Tasi tersebut bernama Qui Ming. Taman Yihe ini juga menyimpan sejarah tentang pemaisuri ‘dragon Lady”.



Terdapat juga replika lkerbau berhampiran tasik tersebut. Disebalik kerbau ini, tersimpulnya dongeng, apabila seseorang itu tergigit kura-kura, denagn adanya bunyi kerbau , barulah dilepasnya gigitan tersebut.


Tembok Besar China



Tembok besar China merupakan salah satu keajaiban dunia. Saya berasa bertuah kerasa dapat ke tembok Besar China. Kami telah menaiki anak tangga dari satu kubu ke kubu yang lain. Saya juga telah menjadi orang kedua terawal pada kubu kelima yang sangat jauh. Hanya bebarapa orang sahaja dapat meneruskan perjalanan. Mengikut cerita china, sesiapa yang menaiki Tembok Besar China ini, akan digelar pahlawan. Akhirnya saya dapat juga digelar pahlawan.( ketawa seketika)



Satu keajaiban berlaku apabila suasana bertukar bunyi hon kenderaan di bawah kubu tembok Besar China. Barulah saya teringat, pada hari tersebut, satu upacara tafakur selama 3 minit dan kerajaan China menyuruh membunyikan hon di seluruh China. Semasa saya berada diatas puncak, saya dapat melihat satu kebesaran yang Tuhan tunjukkan itu.



Saya juga telah mengibarkan bendera Malaysia dan Perak di Tembok besar china. Saya sangat terharu dengan membawa bendera ini. Saya dan juga rakan-rakan yang lain juga menyanyikan lagu NEGARAKU setibanya sampai ke puncak tertinggi itu. Satu sejarah baru tercatit dalam hidup saya.


Muzium ibu Negara



Lawatan ke Muzium ibu Negara ini pula sangat besar jika di bandingkan dengan Muzium kita di Malaysia. Muzium ini tersimpannya khazanah berharga seperti batu-batu bersurat, tembikar , senjata, sejarah peperangan , kewujudan Bandar Beijing, dan bermacam lagi. Tetapi yang lebih menariknya ialah Khazanah berharga ini boleh dikatakan ribuan tahun. Terdapat juga Panggung opera dan skrip drama tersebut.


Dataran Tian An Men



Dataran ini merupakan tempat berhimpunnya jutaan warga China jika ada satu hari bersejarah. Tian An Men ini bolehlah diibaratkan sebagai perpaduan seluruh China. Terdapat juga kawasan yang menarik disitu iaitu Tugu Peringatan Pahlawan rakyat, yang tertulis “kekal abadi pahlawan rakyat”. Perkara yang menarik untuk sebagai mahasiswa seperti saya ialah peristiwa demontrasi di lapangan tersebut, yang menimbulkan kesedaran masyarakat.


Kota Larangan



Kota Larangan ini mempunyai istana yang terbesar di dunia. Kota ini boleh dimuatka seramai 100,000 orang dalam satu-satu masa. Keluasannya adalah 72,000 hektar. Perkara yang menariknya tentang Kota larangan ini ialah mempunyai 9999 bilik untuk maharaja. Apa yang terlarang sebenarnya ialah kota ini tidak boleh dimasuki oleh rakyat dan menteri. Hal ini Kerana kebenaran memasukinya harus diberitahu kepada maharaja.


Lorong Hu Tong



Lorong Ho Tong ini juga boleh dipanggil sebagai “Lorong Tikus”. Lorong Hu tong ini terkenal dengan kehadiran beberapa beca yang melaluinya. Saya dan rakan-rakan dapat merasai pengalaman menaiki beca ini.


Persembahan Akrobatik China



Persembahn Akrobatik ini sangat mengujakan kami, apabila beberapa jenis persembahan dipersembahankan kepada kami. Antaranya ialah berbasikal dengan hampir 20 orang, tukar wajah, akrobatik pahlawan China, dan tarian piring. Saya merasakan tarian ini sama terdapat di Malaysia.


Taman Budaya Berbilang Kaum



Taman budaya ini menghimpunkan beberapa bangsa minoroti di China. Terdapatnya beberapa monumen rumah. Sebagai contohnya, rumah Tai iaitu provinsi Yunan. Selain itu, terdapatnya kawasan Tibet di dalam taman budaya ini. Mereka juga menunjukkan tarian mereka. Sebelum memasuki taman budaya ini, kami telah dipertontonkan dengan tarian semua kaum minoriti di China. Saya sungguh seronok melihat tarian itu, kerana mereka berpakaian mengikut kaum tetapi menari dengan satu tarian sahaja.


SAHABAT KARIB NEGARA CHINAKU



Kedatangan kami di Beijing ini, telah dibantui oleh beberapa orang pelajar China yang mengikuti pengajian dalam jurusan bahasa Melayu di BFSU. Setiap seorang daripada kami akan ditemani oleh seorang dari pelajar China tersebut. Tetapi, saya sebenarnya sudah mengetahui siapa yang akan menjadi teman saya di Beijing ini. Nama penjaga saya ialah Latif. Saya dan Latif telah berkenalan lagi semasa di Malaysia, apabila kami dipertemukan dalam program anak angkat di Negeri sembilan iaitu pada tahun lepas.



Perwatakannya adalah seorang yang sentiasa ingin bertanya khabar. Cuma, ada beberapa ketika dia tidak dapat menjaga saya disebabkan sibuk dalam musim peperiksaan di BFSU.Saya juga sibuk dalam menguruskan hal-hal kumpulan kami.dia banyak membantu saya dalam membeli baranagn halal dan sentiasa memberi nasihat tentang keperihalan orang Beijing. Saya pasti akan merinduinya lagi.
MURAHNYA



Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah membeli belah di Beijing. Jika hari isnin hingga jumaat, kami mengisinya dengan mempelajari bahasa Mandarin, pada hari sabtu dan ahad,kami mengambil kesempatan denagn mengunjungi pusat membeli-belah. Dengan berbekalkan beberapa pengetahuan lisan Mandarin, kami menggunakan sepenuhnya apa yang kami pelajari.



Pada mulanya memang sangat melucukan, apabila kami dan penjual tidak menggunakan mulut untuk memberitahu, tetapi menggunakan bahasa isyarat. Namun, lama kelamaan kami sudah pandai mertutur dalam bahasa Mandarin, dan sering mendapat potongan harga yang tidak masuk akal. Itulah kehebatan wanita, mungkin saya mungumpang kehebatannya membeli –belah.



Tempat yang selalu kami kunjungi ialah Chao You Men. Satu-satu cara untuk sampai ke dentinasi ini ialah dengan menggunakan Perkhimatan keretapi bawah tanah. Pengalaman menggunakan perkhimatan keretapi di Beijing ini sangat berlainan, kerana jumlah yang menaikinya sangat ramai. Pernah sekali, saya dan rakan-rakan tersesat akibat salah perhentian, tetapi mungkin ini namanya pengalaman.


MENUNAIKAN SOLAT



Pada setiap hari jumaat, saya dan beberapa rakan-rakan lelaki yang lain akan pergi ke masjid untuk menunaikan solat jumaat. Masjid yang kami bersolat itu, jika berjalan kai mengambil masa 40 minit. Profesor Awang Sariyan akan bersama-sama kami dan beliaulah yang menjadi pembantu kami tentang masjid di situ. Kadang-kadang kami juga akan menaiki bas untuk ke masjid yang berdekatan dengan Universiti Rakyat.



Satu perkara yang menarik suasana di masjid ialah orang China muslim gemar menunaikan solat sunat. Cara berpakaian meraka hanya seperti biasa iaitu berseluar panjang dan memakai sarung kaki. Apabila solat jumaat sudah selesai, terdapatnya gerai menjual makanan muslim iaitu menjual roti Arab. Suasana di luar masjid ini, dapat dilihat keakraban tanpa mengenal bangsa dan Negara, tetapi bersama-sama bercerita tentang Islam. Perkara yang mengejutkan kami, terdapatnya tulisan dalam bahasa Melayu pada notis di masjid ini. Hal ini menimbulkan rasa bangga dengan kedatangan kami di sini.



Saya dan rakan-rakan pernah juga pergi ke beberapa masjid yang lain, iaitu semasa lawatan yang diaturkan pihak BFSU. Salah satunya ialah Masjid Haidan. Masjid Haidan ini sanagt mementingkan ciri-ciri asal seni bina China. Kawasan Masjid ini tidaklah sebesar masjid di Malaysia, tetapi kepadatannya boleh mengalahkan di Malaysia.Walaupun, bukan solat jumaat sahaja.



Satu lagi masjid ialah Masjid Nuiji. Masjid Nuiji sangat terkenal di Beijin dan semua pengunjung asing luar Negara harus ke sana. Masjid Nuiji sudah pun berusia ribuan tahun. Kawasannya sangat cantik dengan tersedia rapi tempat solat dan ada sedikit ciri-ciri kemodenan iaitu teknologi perkakasnya. Profesor Wu pernah memberitahu bahawa setiap bulan Ramadhan, masjid ini akan meriah dengan kedatangan orang China muslim dan masyarakat Islam dari Negara luar. Di china ini, professor Wu mengatakan jumlah penduduk islam adalah seramai 20 juta orang. Hal ini boleh disamakan jumlah penduduk di Malaysia.


KUPERSEMBAHKAN UNTUKMU



Hari yang dinanti-nantikan telah menjelma. Malam kebudayaan Melayu yang sudah dirancangkan sedang siap untuk dipersembahkan kepada seluruh warga BFSU.sejarah telah tercatit untuk Akademi Pengajian Melayu, apabila mengadakan satu malam yang amat berharga di Negara China. Atur cara majlis adalah seperti berikut:-
7.00 malam : Ketibaan tetamu
7.10 malam: Ucapan alu-aluan pengerusi majlis
7.15 malam: Ucapan daripada UM
7.25 malam : Ucapan daripada BFSU
(gimik perasmian)
8.00 malam: Persembahan Kebudayaan
- Tarian Canggung
- Silat
- Tarian Rakyat
- Deklamasi Puisi
- Tarian Joget
- Nyanyian solo
- Tarian cina
- Tarian Endang
- Rasa Sayang
- Nyanyian( Peng You & Jalinan)
9.15 malam: Penyampaian cenderamata
-BFSU - UM & UM – BFSU
-Penganugerahan sijil bahasa Mandarin kepada pelajar APM
9.30 malam : sesi bergambar dan bersurai


Persembahan ini dihadiri seramai hampir 200 orang orang warga BFSU. Perkara yang menariknya ialah kehadiran warga dari Jepun, Rusia, dan Korea . persembahan yang banyak ini telah memberi satu tepukan gemuruh setiap persembahan yang dipertontonkan. Saya berasa terharu dengan meliohat kelancaran majlis ini. Dengan berakhirnya majlis ini, saya dan rakan-rakan seperti sedih kerana akan meninggalkan BFSU ini.



Pada penghujung majlis itu, saya dan rakan-rakan pergi menemui tenaga pengajar kami. Kelihatan, guru-guru kami menangis seperti tidak mahu melepaskan pemergian kami. Orang yang menitiskan air mata ialah Profesor Wu. Saya datang kepadanya dan memeluknya seperti seorang anak dan ayahnya. Sedih melihat situasi itu. Namun, majlis yang dirancang ini bolehlah dianggap berjaya dan cemerlang. Satu kepuasan pada diri saya, sebagai Wakil Pelajar APM UM.


SEBELUM KUPULANG IZINKAN…



Esok bertarikh 30 Jun 2008 merupakan hari saya dan rakan-rakan untuk pulang ke Malaysia. Saya pasti akan rindukan BDSU dan Beijing ini.Saya merasakan Beijing ini sebagai rumah kedua saya dan berhasrat untuk kembali di sini. Pada 29 jun 2008, saya banyak menghabiskan masa bersendirian untuk berjalan-jalan melihat kawasan di BFSU. Sebenarnya, saya sedih kerana akan meninggalkan tempat ini. Saya berjalan menuju ke kelas tempat saya belajar dan melihat tempat duduk saya. Terbayang semasa guru-guru mengajar dan bertanya kepada saya. Kedengaran khayalan itu meriah dan penuh keakraban bersama.



Kulihat jam sudah pukul 10.00 malam, saya pergi ke taman di mana tempat saya dan rakan rapat saya bersembang di situ. Tempat itulah saya menulis puisi tentang hal-hal orang Beijing dan termasuklah tentang cinta. Saya sempat melalui kawasan kantin, di mana tempat aya dan rakan –rakan menjamu selera. Sekali terbayang , apabila kantin ini dipenuhi oleh pelajar dari Malaysia. Orang yang selalu saya temani ialah Sofea. Sofea merupakan kawan karib saya yang berbangsa Cina. Dia selalu menolong saya membeli makanan dan mengajar menggunakan “sopstik”. Kadang-kadang hati ini rasa gembira kerana dapat merasai cara hidup di sini. Terima kasih pada semua.



Setelah penat berjalan sendirian di BFSu, saya pulang untuk mengemas barang-barang untuk di bawa ke Malaysia nanti. Saya diingatkan oleh Dr Indra supaya memberitahu rakan-rakan lain supaya memastikan bagasi ini tidak melebihi had muatannya. Setelah penat berkemas, saya mengambil kesempatan untuk tidur seketika kerana kami akan bertolak ke Lapangan terbang China pada pukul 4.30 pagi.


SELAMAT TINGGAL
Jam menunjukan sudah pukul 4.30 pagi. Setelah memastikan segala barang sudah dibawa , kami menuju ke bas yang akan menghantar kami ke lapangan terbang. Sebelum kami bertolak, saya dan rakan-rakan sempat mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan Malaysia kami di sini, tidak ketinggalan Haris dan Kak Fida. Kebetulan juga Profesor awang akan menghantar kami di lapangan terbang jugak. Semua tenaga pengajar seperti Profesor Wu, Profesor Zhou, Cikgu Johan,Cikgu Arif, Cikgu Adibah, Cikgu Sofea, Cikgu Suria, dan juga beberapa pelajar dari jurusan bahasa Melayu menghantar kami. Orang yang menjadi pengiring kami ialah Dr Indra. Beliulah yang memastikan segala kelancaran kami untuk urusan kaunter di lapangan terbang nanti. Kami sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada Musa, yang merupakan pelajar BFSU yang banyak membantu kami.
Saya hampir menangis melihat kawan-kawan Malaysia kami di sini seperti susah hendak melepaskan kami, tapi apa boleh buat, hUkum alam mesti diteruskan.